KAMbesz produk dari seorang pemandu lori FELDA ke supermarket

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Semangat juang Norafizi Ngasidin, 30, dalam bidang perniagaan tidak pernah padam ditambah dengan sokongan keluarga terutama isteri tersayang.

Walaupun hanya pemandu lori Felda di bawah jabatan usahawan, Norafizi atau lebih mesra disapa dengan panggillan Fizie telah berjaya memasarkan produk daging kambing perap dengan jenama Kambing Perap KAMbesz bagi memenuhi permintaan produk makanan halal dan suci di pasaran.

Norafizi dengan produk KAMbesz

“Sebenarnya pada tahun 2013 saya bermula dengan menternak kambing secara kecil-kecilan di Felda Medoi, Segamat,Johor.

KAMbesz yang dijual di Aeon Tebrau dan Aeon Taman Universiti di Johor.

“Selepas itu saya berjinak-jinak dengan GTR atau Grup Transformasi Ruminan dan di sini saya dapat kenal dengan ramai penternak yang lain,” katanya.

Mendekati GTR membawa sinar kepada Fizie kerana ahlinya tidak kedekut ilmu malah bersedia berkongsi ilmu mengenai bisnes sampingan berasaskan ternakan seperti menjual susu kambing dan kambing perap.

Kambing perap KAMbesz

“Pada mulanya saya buat kambing perap untuk makan sendiri kemudian untuk Hari Keluarga.

“Bermula dari situ saya mendapat maklum balas positif dari keluarga, rakan dan jiran,” katanya hanya mula membuat untuk suka-suka dan dijual di kalangan rakan dan jiran.

Pada 2016 Fizie memberikan kambing perap buatannya kepada bosnya – pengurus di Pusat Pembungkusan Makanan Setempat Felda Pasak ( Sawari ).

Tiga pek KAMbesz yang boleh dipilih oleh pelanggan.

“Alhamdulillah bos saya memberikan maklum balas positif. Selepas itu produk saya dibawa ke peringkat ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur dan dirasa sendiri oleh Pengarah Jabatan Usahawan Felda.

“Dato Amir suka dan setuju untuk memasukan produk saya ke Sawari kerana dia inginkan produk yang berlainan selain kuih frozen yang pelbagai jenis yang dipasarkan oleh Sawari,” katanya.

Dari situ Fizie mula membuat produk Kambing Perap KAMbesz dengan lebih serius.

“Selepas masuk pasaran Felda ,saya mula buat brand KAMbesz untuk produk kambing perap.

“Setakat ni kambing perap KAMbesz ada dijual di Aeon Tebrau dan Aeon Taman Universiti secara consignment,” katanya.

Walaupun bisnesnya kecilan tetapi Fizie amat menitik berat kualiti kambing yang digunakan.

Fizie mengambil bekalan daging daripada pembekal di Kota Tinggi, Johor.

“Saya hanya mengguna daging biri biri muda berusia kurang dua tahun yang diimport dari New Zealand dan Australia.

“Bagi daging kambing perap, saya hanya menggunakan bahagian Lamb Shoulder,” katanya.

Apa yang lebih menarik Fizie sendiri yang mengadun rempah perap bermula dari masak sos marinate atau perap, masak sos cicah blackpepper sehingga membungkus daging untuk diperap, menampal sticker dan meletakkan tarikh luput.

“Semuanya saya lakukan sendiri dengan bantuan isteri yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan,” katanya yang tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana agensi kerajaan lain kecuali FELDA membantu dari segi jualan di even seperti MAHA untuk pasaran di outlet Sawari.

Ditanya mengenai azam tahun baru, Fizie berharap untuk mempunyai premis sendiri dan dapat memperluaskan pasaran jualan ke kedai-kedai runcit, kedai-kedai sejuk sejuk beku dan mempunyai lebih ramai agen dan stokis.

“Buat masa ini saya masih bekerja lagi dan produk hanya boleh dijalankan pada hari cuti sahaja sebab semua saya buat sendiri di rumah,” katanya yang sudah berhenti menternak kambing sejak 2016 sebab tidak mahu membebankan ayahnya di kampung.

Menurut Fizie jualan kambing perap bermusim dengan permintaan tinggi biasanya semasa musim perayaan, cuti sekolah.

“Kambing perap yang dijual terdapat dalam tiga saiz berbeza iaitu 500 gram,

5 kilo dan 10 kilo.

“Pek 500 gram sesuai untuk geng basikal, bekalan untuk hiking sebab bungkusannya kecik.

“Pek 5 kilo dan 10 kilo lebih kepada pelbagai majlis, seperti reunion atau bbq,” katanya.

Setiap pek 500gram dijual pada harga RM27, 5 kg RM 255 dan 10 kg RM455.

“Bagaimanapun sebagai pemain kerdil dalam industri ini saya menghadapi masalah dengan harga daging yang tidak stabil,” katanya yang pernah rasa berputus asa suatu masa dahulu kerana harga daging kambing yang semakin meningkat saban tahun.

Walaupun dibebani dengan masalah harga lamb shoulder, Fizie tetap kekal menggunakan lamb shoulder bagi mengekalkan kualiti.

“Dulu semasa saya mula pada 2016 harga sekilo baru RM 16 ,dan sekarang harganya RM 26 sekilo lamb shoulder.

“Saya boleh pakai daging mutton (daging tua) dengan beza harga sekitar RM 3 hingga RM 4 ,tapi saya takut kualiti terjejas kerana daging tua liat sikit dan lebih banyak lemak,” jelasnya yang berharap tidak memegang stereng lori sehingga pencen.

Walaupun boleh membuat chicken chop frozen dan chicken grill frozen tapi buat masa sekarang Fizie hanya fokus pada kambing perap kerana kekurangan kakitangan.

Bagi mereka yang mencari produk makanan orang Islam apa kata layari Facebook page KAMbesz dan IG KAMbesz atau hubungi sendiri Norafizi di 013 6598887 kerana beliau sedang mencari agen dan pengedar di seluruh negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.