Kambing kerdil pygmy, dari sekadar hobi menjana pendapatan lumayan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Siapa saja tentu suka apabila melihat kambing-kambing kecil yang melompat dan terkedek-kedek ke sana ke mari di dalam kandang.

Kambing kecil dan comel berkaki pendek baka pygmy boleh dilihat di ladang ternakan Pembaka Tulen Enterprise milik Mohammed Iqbal Abdul Malek di Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

“Saya bermula dengan menternak baka kambing dan biri-biri eksotik sebagai hobi kerana suka melihat kelainan pada kambing dan biri-biri berkenaan,” kata bekas guru KAFA yang kini menghabiskan masanya di kandang.

Biri-biri santaines eksotik sesuai untuk pedaging kerana beratnya mampu mencecah 100kg.
Mohammed Iqbal dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub memegang kambing pygmy semasa pameran MAHA 2018 di Maeps, Serdang, Selangor.

Menurutnya kambing pygmy juga boleh digunakan untuk pembelajaran awal kanak-kanak supaya minat dengan haiwan ternakan.

“Saya sudah menternak kambing pygmy sejak empat tahun lalu bermula dengan 20 ekor induk sehingga berkembang kepada lebih 50 ekor dan kini hanya ada lebih kurang 20 ekor induk kambing pygmy african dwarf akibat permintaan yang amat tinggi,” katanya.

Selain itu Mohammed Iqbal menternak baka barbados blackbellys, pelibuey, santaines hitam, santaines polkadot dan dorper hampir 200 ekor.

“Buat masa ini saya membuat biak baka bagi enam baka ini untuk dijadikan pet,” katanya yang juga menternak baka biri-biri bertanduk empat.

Antara biri-biri yang dipelihara Mohammed Iqbal

Mengenai penjagaan pygmy lebih kurang sama dengan kambing lain kecuali mereka ini suka bermain.

“Pada mulanya saya membeli baka kambing pygmy dari sebuah syarikat yang membawa baka ini masuk Malaysia.

Ibu dan anak kambing pygmy.
Jamnapari polkadot

“Tetapi sekarang syarikat berkenaan telah tutup,” katanya yang merupakan pembiak baka tulen kambing pygmy tunggal di negara ini

Setakat ini Iqbal telah menyertai dua kali pameran MAHA 2016 dan 2018 dengan membawa baka tulen pygmy untuk tujuan petting zoo.

Menternak baka kambing pygmy dan baka lain di atas tanah seluas satu ekar, Iqbal yang minat menternak baka eksotik sebagai hobi dan kemudian menjadikannya sebagai penternakan komersial kerana permintaan semakin tinggi.

“Buat masa sekarang harga pasaran baby pygmy bermula dengan RM3,000 manakala induk RM8,000 seekor mengikut baka dan lebih mahal jika baka import hingga boleh mencecah RM10,000,” katanya yang sedia memberikan khidmat dan latihan bagi mereka yang membeli baka pygmy.

Menurut Iqbal buat masa ini terdapat banyak permintaan taman haiwan sebagai koleksi eksotik mereka.

Selain membiak baka kambing pygmy, Iqbal juga membuat trading iaitu
-membekalkan kambing hidup.
-menyediakan kambing dan biri-biri untuk aqiqah dan korban.
-membekalkan baka kambing dan biri-biri
-membekalkan kambing siap sembelih, lapah dan masak (kuzi, kari, kurma, masak lada hitam, beriyani)
-kambing golek untuk semua jenis majlis keraian.

Iqbal juga membekalkan kambing golek bagi pasaran sekitar Selangor dan beliau juga pernah menerima tempahan sejauh Yong Peng, Johor dan Hutan Melintang, Perak.

Kambing golek dan bakar.

Permintaan kambing golek amat menggalakkan terutama semasa musim cuti sekolah yang boleh mencapai 40 ekor berbanding tujuh ekor sebulan semasa hari biasa.

“Kami mengekalkan rasa dan kualiti kerana semuanya seperti sos perapan kami sediakan sendiri,” katanya.

Jom apa lagi sesiapa yang berminat dengan baka kambing pygmy, jual beli kambing atau kambing golek boleh hubungi Mohammed Iqbal Abdul Malek pada no 014-262 3976 atau Facebook Mohd Iqbal Abdul Malek.

Advertisements