Cabaran penternak kambing tenusu di bumi Kenyalang

Pak Yak dengan pejantan baka Saenan.

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Permintaan susu kambing yang meningkat di kawasan zon tengah Sarawak memberikan idea kepada Majid Amit menternak kambing baka Sanean.

“Saya mula menternak kambing tenusu Saenan sejak tiga tahun lalu di Kampung Alit, Kabong, Sarawak,” katanya yang mempunyai kandang khas untuk kambing baka Saenan.

Ladang Sejali Agro Farm terletak di kawasan perkampungan nelayan seluas dua ekar menempatkan kambing baka Saenan dan kambing lain untuk tujuan jual beli atau trading.

Majid atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Yak memasarkan susu kambing segar sekitar Saratok, Kabong, Sarikei dan Sibu.

“Kambing Saenan untuk susu memerlukan penjagaan dan pemakanan yang kaya dengan protein.

“Buat masa ini saya mempunyai 12 ekor Saenan dengan lapan ekor yang produktif menghasilkan susu,” katanya yang mempunyai dua buah kandang dan sebuah kandang khusus untuk kambing baka Saenan.

Majlis pelancaran susu kambing asli keluaran Sejali Agro Farm disempurnakan oleh ADUN N 38 Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak.

Purata seekor kambing menghasilkan lebih kurang 600 ml hingga 700 ml sehari.

Dalam sehari ladang Pak Yak boleh menghasilkan lebih kurang lima liter susu sehari.

Kemudian susu kambing tadi diproses sebelum dibotolkan dan dijual di kawasan Saratok, Kabong Sarikei dan Sibu.

Biasanya seekor kambing betina matang apabila berusia setahun setengah ke dua tahun untuk bunting dan melahirkan anak.

“Seekor kambing boleh melahirkan paling banyak dua ekor anak tetapi biasanya hanya seekor anak,” katanya yang dibantu oleh anaknya Ewan Asyraf Majid selaku Pengurus Operasi.

Ewan adalah graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Kambing Saenan biasanya diberikan makan konsentrat iaitu campuran jagung, sagu, soya dan dedak pada waktu pagi manakala waktu petang diberikan makan rumput napier.

“Permintaan untuk susu kambing memang menggalakkan di sini terutama di kawasan zon tengah Sarawak,” katanya yang sentiasa merancang menambahkan lagi pengeluaran susu kambing segar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Booth pameran Sejali Agro Farm semasa Kabong International Kite Festival 2018.
Booth pameran Sejali Agro Farm semasa Pesta Saratok 2017.

Selain mengeluarkan susu kambing segar, Pak Yak juga menjalankan jual beli dan biak baka kambing.

“Di sink saya mempunyai pelbagai baka kambing untuk tujuan biak baka seperti kambing kampung, boer, anglo nubian, jamnapari, barbados dan dorper.

“Kambing ini biasanya dipasarkan di Sibu, Sarikei, Sri Aman, Saratok, Betong, Bintulu,” katanya.

Krew penggambaran program ‘Sine Kita tok’ oleh RTM Sarawak.
Lawatan kerja ADUN N40 Mohd Chee Kadir ke ladang Sejali Agro Farm.

Mereka di kawasan tengah Sarawak boleh mendapatkan susu kambing segar keluaran ladang Sejali Agrofarm dengan menghubungi Pak Yak di talian 013 8948938 atau like fb page Sejali Agro Farm.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.