Haji Mat Daud otai kambing tenusu Kelantan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Susu kambing memang mempunyai banyak kelebihan tetapi jika menyebut mengenai kefir susu kambing tentu ramai tertanya-tanya.

Setakat ini hanya seorang penternak kambing susu yang mengeluarkan kefir susu kambing yang kaya dengan prebiotik.

Kefir susu kambing

Kefir susu kambing adalah susu fermentasi yang mengandungi bakteria dan ragi, sangat popular di Rusia baik di kalangan anak-anak atau orang dewasa.

Kefir kelihatan seperti yogurt tetapi keduanya adalah minuman yang berbeza.

Walaupun kedua-duanya melalui proses fermentasi, kefir dalam bentuk cecair seperti susu, sedangkan yogurt lebih kental.

Kefir pun memiliki rasa masam dan sedikit pahit tetapi minuman tradisional ini sungguh menyegarkan dan menyihatkan.

Kefir boleh dihasilkan dari susu lembu kambing atau biri-biri.

Mat Daud Mat Amin yang menternak kambing tenusu Saenan di ladangnya di Ketereh, Kelantan menjual kefir susu kambing sebagai produk tambah nilai.

Mat Daud (Kiri) di ladangnya di Ketereh, Kelantan.

“Sekarang saya menternak kambing susu baka Saenan. Buat masa ini terdapat 70 ekor kambing Saenan tetapi hanya 10 ekor kambing bunting yang mengeluarkan susu.

“Dalam sehari pengeluaran susu kambing adalah lebih kurang 12 liter,” katanya yang menternak kambing di kawasan seluas satu ekar berhampiran rumahnya.

Mat Daud berkata, waktu pagi adalah masa terbaik untuk memerah susu kerana cuaca masih sejuk dan kambing tidak stress sebelum susu diproses dan dibotolkan.

Bagi memastikan kambingnya menghasilkan susu yang banyak, Mat Daud sentiasa memastikan makanan kambingnya kaya dengan protein, mineral, protein dan tenaga.

“Baka yang baik, rumput dan palet yang cukup amat penting bagi memastikan susu yang dihasilkan lebih banyak dan berkualti,” katanya yang menternak kambing secara fidlot.

Mat Daud berkata, biasanya seekor kambing betina beranak seekor dan hanya sesekali kembar dua atau tiga.

Selain kambing tenusu, Mat Daud juga menternak kambing untuk tujuan pembiakan.

Bagi mempelbagaikan perniagaannya, Mat Daud juga menjual yogurt susu lembu dengan enam perisa iaitu strawberi, mangga, epal, tembikai susu, anggur dan nanas.

Mat Daud telah mula menjual yogurt sejak lebih 20 tahun lalu.

Enam perisa yogurt yang dijual.

“Bagi menghasilkan yogurt saya mendapatkan bekalan susu lembu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhampiran,” katanya yang belajar membuat yogurt daripada kawan-kawan.

Yogurt dengan jenama Yo Mi dipasarkan di Kelantan dan beberapa kawasan di Lembah Klang.

“Anak-anak saya banyak membantu dalam pemasaran dan production (production),

“Bagi tujuan pemasaran ada pelanggan yang datang ke rumah selain agen dan vendor,” kata bapa kepada enam orang anak.

Pembaca yang mahu merasai kelainan kefir susu kambing atau yogurt berperisa boleh menghubungi Mat Daud di 013 9105678 atau Facebook Mat Daud

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.