Wak Jul dari industri minyak dan gas ke dunia ternakan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun boleh dikatakan selesa dalam kerjaya minyak dan gas tetapi Zulkifli Pakir atau lebih dikenali sebagai Wak Jul – berminat dengan ternakan terutama kambing dan biri-biri.

“Semuanya bermula selepas saya pulang dari berkursus di Eropah dalam bidang minyak dan gas..

“Ketika itu memang saya sudah berminat hendak membuat ternakan secara sambilan sambil bekerja,” katanya yang bermula dengan pembiakan kambing Boer pada awal tahun 2007.

Zulkifli Pakir semasa membeli haiwan ternakan di Australia.
Antara biri-biri yang terdapat di ladangnya, Kambing Malaya Network di Banting, Selangor.

Ketika itu Zulkifli hanya bermula dengan seekor penjantan dan lima ekor betina baka Boer.

“Objektif kami pada mulanya hanya untuk pembiakkan selain urusan jual beli sembelihan untuk survival.

“Keuntungan pula akan masuk balik menjadi ‘capex’ tambahan bagi membolehkan kami berkembang sedikit demi sedikit,” katanya yang menguruskan ladangnya Kambing Malaya Network di Sungai Kelambu, Banting, Selangor.

Zulkifli berkata, apabila permintaan untuk aqiqah dan qurban sekitar Banting agak tinggi beliau mula menyediakan ternakan sembelihan.

“Secara tidak langsung, kami mula jadi pembekal kecilan serta menyediakan produk hiliran seperti kambing golek demgan jenama Kambing Golek Malaya,” katanya yang hanya menghadiri kursus asas ternakan kambing pada tahun 2008.

Buat masa Zulkifli mempunyai dua ladang di Banting iaitu
1. ladang untuk kambing dan biri-biri untuk sembelihan
2. ladang pembiakan (di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar JPV)

Ternakan pembiakan terdiri daripada baka.
– kambing jenis boer dan kacukan biri-biri jenis dorper, damara kibas, santa dan black belly

Ternakan sembelihan pula terdiri daripada
– kambing boer cross
– biri-biri pelbagai jenis (tempatan dan import)

“Buat masa sekarang kami menjalinkan kerjasama dengan JPV untuk ladang pembiakan seluas dua ekar dan JPV menyediakan semua fasiliti.

“Dengan kapasiti pembiakan bebiri sekitar 150 hingga 250 ekor,” katanya.

Manakala kawasan ladang sembelihan pula seluas dua ekar di atas tanah keluarga.

Kapasiti ladang sembelihan sekitar 400 hingga 500 ekor dalam satu-satu masa.

“Kami juga mempunyai kawasan baru bagi tujuan tanaman tumput napier seluas 20 hingga 30 ekar baru sahaja diusahakan,” katanya.

Zulkifli menambah, semua kambing dan biri-biri diternak secara fidlot kerana sumber makanan banyak di sini.

“Di sini banyak kawasan pertanian jadi bahan buangan pertanian seperti batang jagung, pelepah sawit selain rumput liar yang sesuai,” katanya yang mengeluarkan modal sendiri selain menggunakan keuntungan sebagai modal pusingan.

Zulkifli berkata, walaupun telah lebih 10 tahun dalam industri ternakan tetapi lima tahun pertama adalah masa yang perit untuk membangun dan survival.

“Perit bila mana saya bermula dengan kosong, kekurangan ilmu, mula kenal rakan ternak, risiko dengan ternakan, pemasaran, kos, turn over dan untuk hidup tanpa keluarkan capex baru.

“Untuk membangunkan ‘Branding Company’ yang dikenali serta mempunyai pasaran konsisten bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Zulkifli berkata, untuk menjalankan bisnes secara komersial banyak faktor yang perlu diperhalusi berbanding menternak secara tradisional dan sambilan yang hanya perlu tunggu dan lihat.

“Sebenarnya sampai sekarang saya masih buat secara sambilan tetapi jika ada masa terluang saya akan fokus kepada ternakan.

“Jika saya kerja, adik yang juga rakan kongsi akan ambil alih sepenuhnya” katanya.

Zulkifli berkata, kebanyakan pasaran bagi kambing hidup dan kambing Golek untuk aqiqah biasanya melalui media sosial.

“Di kawasan Banting, kami adalah antara pembekal terbesar stok kambing dan biri-biri sembelihan dengan pelbagai jenis dan saiz.

“Jualan hidup pula banyak pada trader dan penternak kawasan lain yang memerlukan stok untuk aqiqah, qurban atau ternakan hidup,” katanya yang mempunyai banyak stok sembelihan dan menjual pada harga mampu beli.

Zulkifli menasihat mereka yang baru menceburi industri ini agar teruskan berjuang dalam industri ternakan.

“Jangan mudah putus asa, carilah rakan seramai mungkin dan berguru dengan rakan yang berpengalaman untuk terus berada dalam industri,” katanya yang mendapat restu dan galakan ibu bapa dan isteri serta keluarga

Untuk maklumat lanjut boleh ke page FB :-

– Kambing Malaya Network
– Kambing Golek Malaya

Atau hubungi

019-6060420 Wak
019-3536971 Aril

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.