Inspirasi Arkitek merubah persepsi Ladang Rusa

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Jika mahu merasai rusa golek serta menu fusion di suasana santai Gunung Jerai sambil melihat rusa, kambing serta arnab berlari-lari di ladang datang ke Batas Ubi Grill di Kampung Batas Ubi,Yan, Kedah.

Malah jika bernasib baik pengunjung boleh memberikan rusa makan dan bermanja dengan haiwan ini.

Semua ini adalah hasil usaha dan idea seorang arkitek Mazlan Jaafar yang gemarkan cabaran dan sesuatu yang baru.

Kira-kira lapan tahun lalu Mazlan rasakan dia perlu berubah agar dapat seimbangkan antara kehidupan berkeluarga, kerjaya dan masyarakat.

Jadi pada tahun 2011, Mazlan berpindah ke Kampung Batas Ubi, Yan untuk memulakan kehidupan lebih tenang bersama isteri, Asfaliza Ashaari dan lima anak mereka.

Di atas tanah seluas lima ekar yang dibeli, Mazlan merasakan perlu melakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan dia mula berjinak-jinak dengan rusa.

Mazlan mendukung anak Rusa.

“Pada tahun 2012 setelah menjalankan kajian dan mencari ilmu mengenai rusa saya mengambil keputusan membeli 10 ekor rusa dari Johor untuk diternak sebagai hobi.

“Kini rusa saya telah bertambah menjadi 65 ekor,” katanya.

Mazlan menambah, walaupun dikategori sebagai haiwan liar rusa mudah dijaga dan tahan penyakit cuma kos infra, kandang dan baka agak mahal.

Pengunjung boleh memberikan makanan kepada rusa.

Kanak-kanak teruja dengan rusa.

Penjagaan rusa mudah berbanding kambing kerana rusa menjaga dirinya sendiri termasuk mengubati lukanya sendiri.

Biasanya rusa beranak seekor tetapi jarang kembar.

Rusa pula diberikan adunan campuran hampas soya dan silaj jagung yang diberi makan dua kali sehari manakala Rumput dan daun sekali sehari.

Manakala vitamin dan mineral di berikan secara berkala.

“Kami juga mempunyai padoks untuk meragut serta aktiviti rekreasi rusa,” katanya.

Bagi merealisasikan impian menjadikan kawasan ternakan rusa sebagai lokasi agropelancongan, Mazlan membangunkan Batas Ubi Grill bagi membolehkan pengunjung menjamu selera sambil bermanja dengan rusa serta menikmati pemandangan Gunung Jerai.

Mazlan Jaafar (dua dari kanan) dengan rusa golek.

“Buat masa sekarang saya menternak rusa dan menguruskan restoran pada hujung minggu.

“Di sini pengunjung dihidangkan dengan menu seperti teh pudina, buah-buahan seperti oren, epal, anggur, kerepek ubi, garlic bread, mushroom soup, air soda herb, set DIY GRILL : Daging ayam, rusa, kambing perap (standard set), sos black pepper, nasi brasmathi dan ais krim dengan harga RM140 semeja bagi empat orang.

“DIY Grill dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dengan dua sesi iaitu
Sesi 1: 5 hingga 7 malam dan sesi 2: 8 hingga 10 malam,” katanya.

Mereka yang mahu merasai menu rusa golek atau makan di sini perlu membuat tempahan dua hari sebelum ke sana atau anda hanya boleh memberi rusa makan.

“Kami menggalakkan pengunjung membuat tempahan bagi pengurusan efisien, kos efektif dan elakkan pembaziran,” katanya yang juga menyediakan set kambing golek.

Walaupun harga satu set rusa golek lebih RM3,000 tetapi permintaan amat menggalakkan bagi mereka yang inginkan kelainan.

Batas Ubi Grill boleh memuatkan 200 orang untuk bufet pada satu-satu masa.

Apa lagi jom ke Batas Ubi Grill yang merupakan satu-satunya restoran rusa golek dalam ladang rusa.

Sebelum itu jenguk page:

Batas Ubi deer farm dan Batas Ubi’s Grill atau wasap 012 4313635 untuk tempahan meja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.