Ahmad, Mohammad idola penternak remaja

Di kala remaja seusianya masih mencari identiti diri Ahmad M Fadzir dan kembarnya Muhammad M Fadzir bergelumang di kandang ternakan – biri-biri, kambing dan lembu di Kampung Periang, Kuala Kangsar, Perak.

Di kala remaja seusianya masih mencari identiti diri sepasang kembar Ahmad dan Muhammad M Fadzir, 21, bergelumang dalam kandang ternakannya di Kampung Periang, Kuala Kamgsar, Perak.

Sejak kecil boleh dikatakan kami membesar dengan ternakan kerana ayah memang menternak lembu dan kambing.

“Tapi sejak dua tahun lalu kami dua beradik mengambil alih dan menubuhkan Muhammad Livestock Farm,” kata pemegang Diploma Perakaunan Universiti Sultan Azlan Shah.

Sejak kembarnya Muhammmad tamat sekolah Tahfiz, dia meneruskan legasi ayahnya sebelum Ahmad menyertainya dua tahun lalu.

“Selepas ambil alih daripada ayah, kami meluaskan ruang pasaran.

“Sebelum ini ayah hanya menjual ternakan pada kawan-kawan dan pasaran hanya sekitar Kuala Kangsar sejak tahun 90an,” katanya.

Walaupun baru mengambil alih dari ayahnya, usahanya telah mula menampakkan hasil.

Jika dahulu jualan sebulan antara 20 hingga 30 ekor tetapi kini dalam bulan Disember lalu jualan mencecah sehingga 150 biri-biri dan 15 ekor lembu.

“Bagaimanapun semua ini tidak semudah disangka.

“Segalanya datang dengan usaha keras kami dua beradik dengan galakan dan sokongan keluarga,” katanya yang menguruskan ladang keluarga seluas 20 ekar tanpa bantuan pekerja.

Ahmad berkata, biri-biri, kambing dan lembu sama ada dijual secara borong kepada penternak kecil dan telah disembelih untuk dibekalkan kepada pemggolek, katerer dan restoran selain itu menjadi pembekal anak Dorper tempatan.

“Biasanya saya bawa masuk 80 hingga 120 seekor biri-biri sebulan dan saya akan pastikan semuanya habis dijual paling lewat dua bulan.

“Ini bagi mengurangkan kos makanan. Biasanya saya beri ternakan makan batang jagung, dedak dan napier,” katanya yang bercadang mengambil lesen lori bagi memudahkan penghantaran ternakan ke lokasi pelanggan serta mengambil stok kadang-kala sehingga ke Lembah Klang.

Bagaimanapun setiap kali ternakan baru masuk, Ahmad dan Muhammad perlu memastikan kesihatan haiwan berkenaan.

“Memang biasa setiap kali ternakan baru masuk ada sahaja ternakan yang sakit dan mati.

“Dalam masa dua tahun Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) banyak memberi khidmat nasihat sehingga kami boleh mengatasi masalah kecil berkaitan penyakit ternakan selain kawan penternak lain,” katanya yang menerima bantuan dan galakan dari ayahnya yang juga mentor mereka.

Ahmad dan Muhammad semasa kecil.

Bagi mengembangkan lagi bisnes, Ahmad menggunakan media sosial seperti facebook dan instagram selepas Muhammad menjalani bengkel Agrobazaar Online Usahawan Bimbingan MARDI di Makmal Komputer Kolej Komputer Komuniti RTC Gopeng, Perak.

Walaupun masih muda, Ahmad menegaskan mereka yang mahu menceburi bidang ini perlu semangat untuk selalu bangkit kerana cabaran sentiasa ada.

“Ayah saya pernah mengalami biri-birinya hilang sekandang dan modal hilang begitu sahaja sehingga ayah terpaksa berhenti sekejap,” katanya yang memelihara anjing german sherpard dan rotweiler untuk menjaga ladangnya.

Selain itu ternakan sakit dan mati adalah perkara biasa yang perlu dihadapi.

Usahawan ternak juga perlu kaji mengenai cara untuk mengurangkan kos makanan tanpa menjejaskan kualitinya.

“Sebagai usahawan, untung rugi adalah perkara biasa terutama mereka yang baru.

Jadi pelbagaikan perkhidmatan yang diberikan seperti kambing golek atau siap masak,” katanya yang sentiasa mencari ilmu baru dalam dunia ternakan.

Bagi berjaya, Ahmad tidak segan bertanya kepada penternak lain yang lebih berpengalaman dan ikut yang mana perlu.

Mengenai perancangan tahun ini, Ahmad mensasarkan 400 ekor kambing semasa hari raya korban.

Bagi menjayakan rancangannya, Ahmad sedang membina kandang baru yang boleh memuatkan 200 hingga 250 ekor kambing.

Selain itu Ahmad juga menimba ilmu dengan melawat kesemua tiga ladang agropolitan dan pusat ternakan besar di seluruh negara.

“Di masa hadapan saya berharap dapat melawat ladang luar negara dan mempelajari teknologi dan inovasi di sana.

“Bagaimana mereka boleh menguruskan ladang dengan bilangan pekerja paling minimum,” katanya Yang bercita-cita mendapatkan permit import ternakan suatu hari nanti.

Facebook: Muhammad Livestock Farm Instagram: muhammadlivestockfarm
[09/01, 22:30] Ahmad Livestock Farm: Ahmad : 013-5858798
Muhammad : 014 6212711

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.