Qayyum cabaran penternak muda dari 10 ekor ke hampir 100 ekor lembu

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Disebabkan minat yang mendalam terhadap ternakan Mohd Qayyum Othman, 28, membeli 10 ekor lembu pedaging untuk diternak di kampungnya di Felda Lepar Utara 3, Jerantut, Pahang.

Kandang fidlot di Jerantut, Pahang.

Tetapi semuanya bukan semudah seperti yang disangka apabila hampir setiap hari ada sahaja lembunya yang mati.

“Ketika itu saya rasa sangat putus asa rasanya seperti hendak jual semua lembu yang ada.

Keluarga pula tidak mempunyai pemgalaman serta memberikan galakan,” kata Qayyum yang menabung duit gaji sebagai mutawif untuk membeli lembu.

Hampir setiap hari Qayyum terpaksa menyembelih lembu sehingga terpaksa membeli peti sejuk beku untuk menyimpan daging.

Walaupun ada kalanya saya terasa tidak mahu meneruskan perjuangan tetapi saya mahu membuktikan kepada keluarga saya boleh berjaya,” katanya.

Cabaran paling besar apabila keluarga sendiri bukan sahaja tidak yakin tetapi marah dan menyuruhnya menjual semua ternakan.

Menganggap segalanya sebagai cabaran , Qayyum bangkit semula dengan bermula dari bawah.

“Saya pergi jumpa dan gali pengalaman dari otai penternak dan mahir di dunia ternakan sekitar tempat saya” kata graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KIUS).

Sebagai mutawif Qayyum menguruskan jemaah di tanah suci Mekah dan Madinah.

Tidak mahu menunggu lama untuk bangun, Qayyum menghadiri kursus ternakan melalui Group Transformasi Ruminan (GTR) selain menimba ilmu dari penternak lama di kampungnya.

“Baru saya sedar amat banyak ilmu yang perlu saya pelajari kerana saya memang tiada pengetahuan dalam bidang ruminan.

“Kita tidak boleh segan untuk bertanya kepada penternak lain dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) jika ada masalah,” katanya.

Kini selepas empat tahun Qayyum dan abangnya mempunyai hampir 100 ekor lembu pedaging.

Semua lembu diternak secara integrasi dan separa fidlot di dalam ladang sawit Felda dan Ladang Plantation seluas 200 hektar di Jerantut, Pahang.

Qayyum banyak membuat pemasaran melalui media sosial dan pesanan daripada penduduk sekitar.

Pembaca boleh hubungi Qayyum di Facebook Qayyum Othman atau di talian 012 7305507

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.