Cikgu Suzila sanggup cuti tanpa gaji uruskan G2G Animal Garden

KHAIRUNNISA SULAIMAN

“Jiwa saya memang pada haiwan. Saya mula dengan mengutip kucing jalanan yang sakit, rawat dan carikan mereka tuan baru untuk jaga mereka,” kata Pengurus Pentadbiran G2G Animal Garden, Suzila Hashim.

Bukan hanya kucing, selepas itu Suzila yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, memelihara haiwan lain seperti burung, ikan serta reptilia seperti ular dan biawak.

Suzila juga pernah mempunyai bilik khas untuk menempatkan haiwan peliharaannya di rumah.

“Semua haiwan ini jinak kerana saya menjaganya sejak kecil dan mereka kenal saya seperti ibunya,

“Biasanya saya akan menjaga telur ular dan biawak Tegu African Savana sehingga menetas,” katanya yang sukakan biawak kerana comel dan sejuk apabila dipeluk.

Apabila dijaga dari kecil haiwan ini akan ada pertalian atau bonding dengan manusia yang menjaganya.

“Kami ada cara mengilangkan ketakutan terhadap haiwan,” katanya yang berpengalaman mengatasi masalah berkenaan biasanya yang melibatkan kanak-kanak.

Bagi mengatasi masalah ini, Suzila akan menyuruh mereka menyentuh ekor sedikit demi sedikit sehingga mereka biasa.

“Haiwan yang kami bawa ke pameran adalah jinak dan biasa dengan suara manusia,” katanya

Menurut Suzila, cabaran paling besar dalam menjaga haiwan adalah ketika sakit.

“Misalnya burung pertama saya menghidap kanser, tumornya merebak dan mati pada 19 Oktober lalu,” katanya yang menjaga Pinky sehingga akhir hayat.

Ekoran apa yang berlaku Suzila mahu anak-anaknya belajar mengenai haiwan terutama perubatan dan mempunyai klinik khas untuk haiwan.

Bagi memupuk perasaan sayang terhadap haiwan, Suzila membuat projek kolam ikan dan memelihara burung untuk murid-murid dan kini projek berkenaan yang telah diambil alih oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

“Saya mula dengan mengumpul beberapa jenis burung seperti burung budgie, love birds dan cocktaeil sebelum membeli burung bersaiz besar galah cockatoo.

“Selepas setahun saya membela haiwan saya mula menyertai beberapa kumpulan petting zoo dan berjumpa beberapa rakan untuk menubuhkan sebuah syarikat membuka sebuah petting zoo bermula dengan yellow pets,” katanya yang kemudian mengumpul pelbagai reptilia dan mamalia.

Suzila berkata, pada tahun 2014 kumpulannya mula dengan kumpulan MTG semasa MAHA.

“Selepas MAHA 2016 kami merancang membina G2G Animal Garden dan akhirnya 6 Dsember 2017 impian kami menjadi kenyataan apabila G2G Animal Garden dibuka secara rasmi kepada orang ramai,” katanya.

Bagi menguruskan pembukaan G2G Animal Garden Suzila mengambil cuti tanpa gaji selama setahun untuk menguruskannya.

“Saya perlu menguruskan beberapa dokumen mengenai permit haiwan darpada Jabatan Perhilitan Selangor.

“Semuanya memakan masa hampir lima bulan dan kini kami masih membuat rayuan untuk menambahkan bilangan haiwan berlesen,” katanya yang tidak perlu membeli haiwan kerana semuanya dikumpul dari awal.

Segala penat lelahnya menampakkan hasil apabila G2G Animal Garden memenangi Gold Award Agro Tourism Petting Zoo oleh Malaysia Tourism Council Gold Award 2018 baru-baru ini.

Sehingga ini sambutan amat menggalakkan dan kami mengehadkan lawatan seramai 500 orang pelajar sahaja pada satu masa.

Info G2G Animal Garden

G2G Animal Garden, taman haiwan berkonsepkan ‘petting zoo’ yang baru dibuka di MAEPS Serdang pada 06 Dec 2017.

Ada lebih 200 ekor haiwan daripada pelbagai spesies.

Tiket masuk murahhh je:

Dewasa: RM20
Warga emas dan Kanak-kanak: RM15
Kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm masuk percuma!

Daya tarikan utama ialah G2G Therapy House, yang mana anda boleh bermanja dengan pelbagai haiwan comel sambil ditemani muzik di dalam rumah terapi ini.

Anda juga boleh memberi makanan kepada haiwan dan juga menyusukan anak kambing. Kanak-kanak mesti suka!

S

elain bermain dengan binatang kesayangan, antara aktiviti menarik lain ialah demontrasi membuat produk tenusu seperti ais krim, keju dan yogurt kepada kanak-kanak sekolah tadika dan sekolah yang membuat lawatan ke G2G Animal Garden.

G2G ini juga mesra OKU yang menggunakan kerusi roda, atau stroller baby yang boleh akses hingga ke laman arnab dan kambing, serta sampai masuk ke rumah terapi kambing.

Alamat:
Jalan MAEPS 4/3
43400 Seri Kembangan

No telefon: 019 3929535 (Pn Suzila Hashim)

Facebook: G2G Animal Garden -MAEPS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.