Mohd Hashemi Abd Rashid jadikan ayam eksotik pendapatan sampingan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Jika sebut ayam serama tentu ramai yang tahu tetapi apabila disebut ayam cemani atau ayam ratu tidak ramai yang pernah mendengarnya.

Minat yang mendalam terhadap ayam eksotik dan ayam kampung membawa Mohd Hashemi Abd Rashid mengumpul beberapa jenis ayam yang sukar ditemui .

“Saya bermula dengan memelihara ayam kampung sebelum mengumpul beberapa jenis ayam eksotik.

“Saya mula mengumpul ayam ratu yang biasanya dijadikan ayam perhiasan kerana tinggi dan cantik sebelum beralih kepada ayam cemani atau selasih yang terkenal kerana khasiatnya,” katanya yang mewarisi minat ayahnya yang memelihara ayam.

Ayam ratu lebih tinggi berbanding ayam kampung dan mempunyai banyak jenis seperti ayam ratu super green dan LHK. Ayam cemani berwarna hitam pula berasal dari Indonesia.

“Projek kami masih kecil, buat masa sekarang kami memelihara ayam di kawasan rumah dengan keluasan tidak sampai setengah ekar di kawasan perumahan, Taman Rashidah Utama, Seremban, Negeri Sembilan.

“Kami sedang kembangkan bisnes ini di kawasan lain di mana masih dalam proses pembersihan kawasan seluas seekar di Kampung Dangi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya yang banyak dibantu oleh isterinya Norahsikin Saraj Mohamad dalam pemasaran .

Buat masa ini Hashemi mempunyai 10 ekor ayam Cemani dewasa dengan 30 ekor anak, tiga ekor ayam Aseel parrot dewasa, dua ekor ayam Aseel Biasa dewasa dengan 12 ekor anak.

“Melihat kepada permintaan ayam Cemani yang tinggi kerana khasiatnya kami mula memasarkan ayam cemani hidup.

“Ayam cemani berwarna hitam dengan daging yang juga hitam sesuai dimasak sup, halia atau masak lemak mempunyai khasiat yang tinggi,” katanya.

Ayam cemani hitam dengan daging hitam adalah gred A sementara ayam cemani hitam dengan daging putih diletakkan dalam Gred B.

Biasanya ayam cemani berusia dua bulan berharga RM100 mengikut gred kerana ayam yang lebih hitam harganya lebih mahal manakala ayam Aseel Parrot berusia tiga bulan pula boleh mencapai RM 1,000 seekor dan ayam aseel biasa berusia dua bulan pula berharga RM200 seekor.

Hashemi menggunakan inkubator untuk menetaskan telur ayam Cemani kerana terdapat ibu ayam yang tidak mahu mengeramkan telur.

Pengeraman telur menggunakan incubator boleh meningkatkan populasi ayam kerana kadar penetasan boleh mencapai sehingga 80 peratus.

“Saya sentiasa memastikan semua ayam sihat dengan pemakanan yang cukup iaitu campuran jagung dan dedak serta persekitaran yang bersih dan selesa,” katanya.

Pembantu veterinary di Jabatan Veterinar ini merancang untuk mengembangkan lagi bisnes ayam eksotik dan memajukan industri ayam hiasan di Malaysia.

Info ayam cemani

Ayam selasih atau nama saintifiknya Gallus Gallus Domesticus atau dikenali sebagai Ayam Cemani dikatakan berasal dari Indonesia, iaitu Pulau Jawa. Perkataan cemani berasal daripada bahasa jawa kuno bermakna Hitam Legam, warna hitam menyelimuti seluruh tubuh. Melihat kriteria dan ciri-ciri tersebut inilah yang dikatakan sebagai : “Ayam Cemani Asli” atau sering disebut Hayam Hideung dalam bahasa Sunda.

Asal usul ayam selasih atau cemani adalah ayam kedu hitam, banyak dipelihara oleh masyarakat zaman dahulu di desa Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke 19. Ayam ini sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga sangat disukai dan menjadi peliharaan atau koleksi para bangsawan dan raja-raja zaman dahulu. Ini membuatkan ayam ini menjadi sangat eksklusif, memiliki nilai pasaran tinggi. Ayam Selasih atau Cemani berasal daripada keturunan kedu hitam, mempunyai keunikan pada balung tunggal berbentuk gerigi (bagi jantan). Ia cuba dibiakkan dari generasi ke generasi seterusnya dengan mengekalkan keunikannya. Namun begitu populasinya semakin berkurang. Hal ini membuatkan Ayam Selasih atau Cemani ini semakin sukar diperolehi, sehinggakan ayam ini banyak dicari orang kerana hanya beberapa orang memilikinya.

Khasiat ayam selasih atau cemani

1.Melancarkan peredaran darah justeru hilang kelesuan badan.

2.Melegakan Asma

3. Mengubati penyakit buasir kecil

4.Melegakan sakit pinggang, sendi dan lutut.

5.Melegakan migrain dan membuang angin dalam badan.

6.Menaikan seri wajah dan kesihatan kulit yang baik.

7..Wanita selepas bersalin baik untuk pulihkan peranakan..

8. Masalah haid dan segugut

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ayam eksotik boleh ke facebook : ratufarmhill87/ atau hubungi +60 18-784 0922 Ekin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.