Bangkit dari muflis Kamarruzaman jadi jutawan ternakan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun pernah diisytihar muflis pada usia muda kerana gagal menguruskan perniagaan dan kewangan, itu semua bukan penghalang untuknya berjaya seperti hari ini.

Pemenang pelbagai anugerah agro dan paling terkini Ikon Agropreneuer Muda Ternakan 2018 (MAHA), Kamarruzaman Abdul Jalil bermula sebagai peniaga daging lembu sebelum menjadi usahawan ternakan.

Tetapi berbekal semangat waja yang ada pada dirinya dengan hanya bermodal RM15,000 Kamarruzaman memulakan ternakan lembu kerana mahu mendapatkan sumber bekalan daging lembu yang murah.

“Saya mula menternak lembu pada tahun 2008 dengan baka kampung sebanyak 15 ekor.

“Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan kini saya mempunyai lebih 10 baka lembu tempatan dan kacukan,” katanya yang bermula dengan membantu perniagaan keluarga dalam penjualan daging lembu.

Kamarruzaman yang juga pemilik Desa Selatan Beef Sdn Bhd di Kota Tinggi, Johor kini lebih fokus kepada urus niaga membeli lembu dan dipelihara selama tiga atau empat bulan sebelum dijual semula khususnya di musim perayaan.

“Bagi tujuan komersial, kami mempunyai lembu baka KK, lembu brahman dan australian commercial cattle bagi tujuan lembu pedaging secara fidlot di tanah seluas 10 ekar.

“Bagi lembu tenusu kami menggunakan baka frisien jersey,” katanya yang memelihara belgian blue iaitu baka lembu sado sebagai hobi.

Kamarruzaman memasarkan daging lembunya di gerai sendiri, pasar sekitar Johor serta pelanggan yang membeli lembu hidup untuk tujuan penyembelihan dari Kelantan, Johor, Melaka dan Selangor.

“Kami juga membekal lembu kepada para penternak serta menerima tempahan dari individu, masjid, koperasi dan persatuan untuk tujuan ibadah korban.

“Kami juga bertindak sebagai pengimport dan pemborong bagi memberi harga terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Kamarruzaman menambah, pengeluaran ladangnya pada tahun 2018 sahaja adalah 300mt setahun iaitu berat lembu yang terhasil dari aktiviti fidlot dengan jumlah jualan ternakan adalah sekitar 3,200 ekor.

Untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah, Kamarruzaman sentiasa berusaha melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu berkaitan dengan ternakan.

“Saya banyak menghadiri kursus anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kelab Generasi Tranformasi Ruminan Malaysia (GTR) untuk siri kesihatan, pembiakan dan kemahiran yang berasaskan ruminan.

“Saya juga mendapat bimbingan dari JPV Johor, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Johor, Jabatan Pertanian Johor, kelab GTR dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Selatan dan Agrobank sejak awal penglibatan,” katanya yang mendapat sokongan padu dari ayah, arwah ibu dan isteri serta keluarga.

Boleh dikatakan semua orang yang terlibat dengan perniagaan pasti ada cabaran, begitu juga dengan Kamarruzaman dan ternakan lembunya.

“Sebagai usahawan dalam industri ternakan kami tidak dapat lari daripada masalah kesihatan ternakan, pemasaran dan kitaran kewangan bagi membiayai kos makan ternakan.

“Tetapi cabaran yang paling besar dan tidak dapat dilupakan apabila mendapat pesanan lembu pada Hari Raya Aidiladha dan penghantaran 1,000 ekor ternakan dalam masa tiga hari. Alhamdulillah segala tugasan selesai dengan jayanya,” katanya.

Pencapaian
*Agropreneuer Muda Jaya HPPNK 2017
*Anugerah Perdana HPPNK 2017
*Agropreneur Muda Jaya Negeri Johor 2017
*Agropreneur Muda Agrobank 2018
*Juara Inovasi Hari Pengembangan Veterinar Kebangsaan 2018
*Ikon agropreneur muda ternakan 2018 (MAHA)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kamarruzaman dan Desa Selatan Beef Sdn Bhd boleh ke
Fb Kamarruzaman Abdul Jalil
Desa Selatan Beef Sdn Bhd atau hubungi 019 7505919

Advertisements

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.