Telaga tiub bantu kurangkan kos petani penternak akuakultur

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Industri pertanian sama ada penternakan, pertanian atau akuakultur semuanya memerlukan bekalan air yang banyak untuk memastikan ladang, kebun dan kolam ikan terus beroperasi terutama semasa musim kemarau.

Penggunaan bekalan air paip akan meningkatkan kos operasi sesebuah ladang justeru menaikkan harga akhir produk yang dikeluarkan.

Bagi mengurangkan kos supaya hasil pertanian dapat dijual pada harga mampu pemain industri tani boleh menggunakan sumber air daripada telaga tiub.

Telaga tiub, adalah satu cara yang digunakan untuk mendapatkan air dari dalam tanah menggunakan paip PVC yang ditanam ke dalam tanah.

Ini adalah salah satu cara lain untk mendapatkan air daripada dalam tanah lebih 20 meter di bawah permukaan bumi. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menggerudi dan memasang paip.

Selepas itu air daripada dalam paip PVC dipam menggunakan pam elektrik melalui laluan paip.

Tempat yang paling sesuai selalunya di kawasan tanah liat dan di bawahnya terdapat lapisan pasir kerana air yang disedut seolah-olah ditapis secara semula jadi.

Pemilik Zainal Ali Tube Well Solution, Haji Zainal Haji Ali berkata, beliau banyak menerima permintaan membina telaga tiub bukan sahaja daripada industri pertanian tetapi juga kilang, sekolah asrama, maahad tahfiz dan premis persendirian.

“Biasanya saya akan melawat kawasan dan membuat pemeriksaan kawasan sebelum membuat keputusan sama ada kawasan berkenaan sesuai untuk mendapat air bawah tanah,” katanya.

Zainal mula menjalankan kerja-kerja menggali telaga tiub sejak tahun 1991 hingga 2009 secara sukarela membantu kumpulan dari Trengganu menggunakan peralatan ringkas sebelum menjadikannya sebagai satu perniagaan sejak tahun 2010 sehingga sekarang.

Sehingga kini permintaan terhadap pembinaan telaga tiub amat menggalakkan terutama di musim kemarau bukan sahaja sekitar Banting, Selangor tetapi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Zainal berkata, cara paling tradisional untuk menggali telaga tiub sesuai untuk kawasan tanah rata dengan sedikit berbukit dan kosnya rendah.

Manakala kaedah moden yang boleh mengesan air bawah tanah sehingga kedalaman 500 kaki biasanya digunakan untuk kawasan tanah tinggi tetapi kosnya lebih tinggi.

“Kosnya menggali dan membina telaga tiub bergantung kepada lokasi, kedalaman dan jenis batuan di dalam tanah,” katanya yang pernah bekerja sebagai tukang jahit songkok pada tahun 1979 hingga 2004.

Pada tahun 1998 Zainal membuka Bengkel membuat Tiang Batu Ukir hingga sekarang manakala pada tahun 2010 beliau mula aktif menawarkan perkhidmatan membina telaga tiub hingga kini.

Selain itu Zainal yang juga Timbalan Nazir Masjid At Taqwa Pekan Banting, juga menerima tempahan membina “Water Well Drilling Rigs” untuk menggali telaga tiub.

“Saya baharu sahaja menyiapkan sebuah Mesin Drilling untuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Cameroon, Afrika.

“Sebelum itu saya pernah membuat mesin drilling untuk NGO dari Sudan dan semua ini melalui Yayasan Amal Malaysia,” katanya yang mempunyai tiga orang pekerja sahaja.

Walaupun mendapat upah yang agak tinggi tetapi Zainal menyifatkan kerja membina mesin drilling amat mencabar kerana memerlukan ketahanan mental dan fizikal kerana kerjanya yang agak berat.

Ditanya sama ada air daripada telaga tiub sesuai untuk diminum, Zainal berkata, semuanya bergantung kepada lokasi.

“Jika telaga tiub di kawasan tanah tinggi 90 peratus air boleh diminum tetapi jika di kawasan tanah paya air dari telaga tiub sesuai untuk ternakan dan pertanian dan memerlukan analisis makmal sebelum digunakan untuk air minuman.

“Pengaliran air dari telaga tiub boleh dipam 24 jam sehari tetapi untuk ketahanan pam air akan dihidupkan selama empat jam kemudian diberhentikan selama 15 minit menggunakan timer. Biasanya pam air telaga tiub boleh tahan berpuluh tahun,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai telaga tiub boleh hubungi Haji Zainal Ali di 013 2622055 atau facebook Zainal Ali Tube Well Team

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.