Amran sanggup berhenti kerja enam tahun untuk jaga ternakan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Bukan mudah kekal dalam industri ternakan tanpa semangat yang cekal kerana segalanya memerlukan pengorbanan.

Malah Amran Sharif, 45 pernah berhenti kerja selama enam tahun untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada ternakannya.

Bermula dengan minat, jurutera marin yang bertugas di pelantar minyak ini mula menternak kambing pada tahun 2006 dengan rakan kongsinya.

“Di ladang Tok Seri Buak Agro Farm seluas tiga ekar di Kampung Bukit Buak Bt 13, Jalan Labu – Nilai kami bermula dengan 80 ekor kambing baka Boer dan kini kami hanya kekalkan dengan hanya 200 ekor pada satu-satu masa.

“Sekarang kami ada pelbagai baka kambing selain Boer, saanen dan biri-biri kacukan damara/santa ines,” katanya yang banyak menerima tempahan untuk akikah serta korban.

Selain memasarkan kambing serta biri-biri untuk akikah dan korban, Amran juga memasarkan susu kambing melalui pemborong untuk pasaran di Kajang, Bangi, Nilai dan Seremban selain melalui laman web jual beli mudah.com.

Menurut Amran, sehingga kini beliau hanya mengehadkan bilangan ternakan sekitar 200 ekor sahaja kerana masalah pekerja yang kebanyakkannya tidak berminat dalam penternakan sama ada pekerja asing atau tempatan.

“Pernah suatu masa dahulu populasi kambing saya mencecah sehingga 500 ekor tapi disebabkan masaalah pekerja, saya mengambil keputusan berhenti kerja selama enam tahun untuk menguruskan ternakan sendiri.

“Sejak itu saya terpaksa mengurangkan bilangan ternakan antara 200 hingga 300 ekor setelah saya bekerja semula. Kini saya membuat breeding dan sebahagian lagi untuk trading kambing dan biri-biri,” katanya.

Selain itu kos operasi ternakan yang tinggi, jelas Amran boleh menyebabkan penternak kerugian jika tersalah langkah.

“Kos operasi yang paling tinggi adalah permakanan ternakan, jadi saya menggunakan sisa industri makanan seperti dari kilang kacang soya yang diolah menjadi makanan ternakan dan di sini saya dapat mengurangkan sehingga 50 peratus dari kos makanan,” katanya yang pernah menghadiri beberapa kursus ternakan yg dianjurkan oleh pihak swasta dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan ladangnya adalah di bawah program ladang angkat Universiti Putra Malaysia (UPM).

Di samping itu untuk menambah input margin Amran menyediakan perhidmatan kambing golek dan masakan berkuah untuk setiap kambing yang dipesan pelanggan.

“Di masa hadapan, kami merancang membesarkan lagi projek sedia ada dan mencari alternatif untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan digantikan dengan peralatan jentera serta mencari cara untuk mengurangkan kos operasi seminimum mungkin,” katanya.

Pembaca yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Tok Seri Buak Agro Farm boleh menghubungi Amran di +60 12-635 7365 atau Facebook Page Tok Seri Buak Kambing & Bebiri Murah N9 dan Facebook Amran Sharif

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.