Cikgu Azizul sanggup bersara awal demi kambing

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun mempunyai pekerjaan tetap sebagai guru, Azizul Shah Bin Mohd Noor, 40, mengambil keputusan untuk bersara pilihan awal tahun ini untuk menjadi penternak biri-biri dan kambing sepenuh masa.

Bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab, Pahang telah mula menternak kambing pada pertengahan tahun 2013 dengan 10 ekor kambing.

“Tetapi tidak lama selepas itu, kejadian banjir pada tahun 2014 menjadi mimpi ngeri apabila semua kambing saya hanyut dan mati manakala kandang pula rosak teruk hilang menyebabkan saya rugi teruk.

“Ketika itu saya hampir putus asa rasa macam tidak mahu terus menternak tetapi dengan dorongan dan galakan isteri dan rakan penternak lain saya mula menternak biri-biri pula,” katanya masih trauma apabila mengenangkan peristiwa empat tahun lalu.

Kali ini Azizul memilih biri-biri kerana tahan lasak, kurang masalah sakit berbanding kambing dan tempoh cukup umur setahun berbanding kambing dua tahun.

Walaupun masih trauma dengan apa yang berlaku, Azizul mula membeli lima ekor biri-biri dengan harga RM2,500 dan menambah bilangan biri-birinya dengan membeli baka sedikit demi sedikit daripada rakan penternak.

“Kini ternakan biri-biri saya telah membiak dan meningkat kepada 60 ekor dengan dua buah kandang, sebuah khas untuk tujuan pembiakan dan sebuah lagi untuk jualan akikah,” katanya.

Sebagai menambah nilai kepada ladangnya, Azizul membuka ladangnya kepada orang ramai terutama penduduk sekitar pekan Temerloh untuk memberi makan biri-biri dengan kos serendah RM4.00 untuk sebuah keluarga.

“Saya lakukan ini dengan tujuan menarik minat orang ramai terutama kanak-kanak sekolah untuk menyayangi haiwan.

“Idea ini timbul apabila saya membawa anak bongsu saya yang ketagih gajet ke kandang. Apabila dia mula bermain dan memberi kambing dan biri-biri makan, ketagihannya semakin berkurang dan beransur-ansur meninggalkan gajet,” katanya yang mengalu-alukan orang ramai berkunjung ke Ladang PH Agro yang terletak di No 5 Kampung Telok Ira, Temerloh, Pahang.

Azizul yang sebelum ini tidak pernah membawa anak-anak ke kandang mula bawa mereka ke kandang awal tahun lepas apabila melihat anak-anaknya tidak boleh meninggalkan gajet.

“Saya melihat trend ibu bapa memberikan gajet kepada anak-anak selain mereka yang tinggal di kawasan perumahan tidak mempunyai kemudahan riadah untuk bermain pada waktu petang.

“Ini menyebabkan anak-anak ketagih gajet dan kurang bersosial serta bergaul dengan rakan sebaya,” kata bapa kepada empat orang anak.

Azizul berkata ladangnya akan dibuka pada 9 Februari sebaik sahaja semua kemudahan asas seperti surau, tandas dan wakaf siap sepenuhnya.

Walaupun belum dibuka ladang PH Agro telah mempunyai permintaan dari sekolah-sekolah sekitar pekan Temerloh untuk membawa pelajar-pelajarnya.

Mengenai perancangan masa depan, selepas bersara pilihan awal, Azizul akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ternakan biri-biri dengan menambah bilangan ternakan dan baka.

“Saya juga akan membangunkan konsep ladang terbuka bagi membolehkan orang ramai ke ladang di mana kanak-kanak bermain dan memberi biri-biri makan dedak dengan bayaran yang minimum,” katanya yang lebih tenang dengan ternak biri-biri.

Ladang PH Agro yang terletak di tepi jalan dibuka setiap hari jam 8 pagi sehingga 6.30 petang dilengkapi dengan lampu dan cctv bagi memastikan keselamatan pengunjung.

Apa lagi mereka yang berminat boleh ke facebook page PH Agro atau hubungi Azizul di talian 019-902 5960

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.