Karipap rusa hasil tangan usahawan OKU

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Pernahkah rasa karipap rusa? Agaknya macam mana rasanya daging rusa. Sedap ke? Tentu ramai yang mungkin pertama kali dengar mengenai karipap rusa.

Pengasas karipap rusa jenama ElDorado venison puff, Muhamad Fakhruddin Mohamed Akbar berkata, beliau mendapat bekalan daging rusa daripada ayahnya, seorang penternak rusa di Pahang.

“Karipap rusa ini sebenarnya telah ada sejak 2014 asalnya idea ayah saya tetapi apabila ayah semakin berusia, saya dan isteri Norhanisah Abdullah ambil alih semuanya

“Saya dan isteri menjalankan perniagaan ini sepenuh masa bermula daripada resipi, menguli kulit karipap, memasak inti sehingga kepada pembungkusan semuanya kami lakukan bersama-sama,” katanya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal dan menggunakan kerusi roda.

Fakhruddin menjadi OKU kerana tergelincir di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor lebih kurang 10 tahun lepas.

Walaupun berstatus OKU Fakharuddin tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf ekonomi Keluarga.

Buat masa ini karipap rusa dipasarkan di atas talian melalui media social facebook dan karipap rusa ini boleh dihantar ke pelanggan sekitar Lembah Klang.

Fakhruddin berkata, satu set karipap rusa tiga ketul berharga RM10 dengan inti yang padat sementara kulitnya pula nipis.

“Pasaran karipap rusa agak menggalakkan kepada pelanggan yang mahukan kelainan dan merasai keenakan inti karipap rusa yang bukan sahaja enak tetapi juga berkhasiat,” katanya yang pernah menghadiri kursus pemasaran.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Fakhruddin berharap untuk mendapat semua kedai di mana beliau dan isteri boleh menghasilkan pelbagai menu berasaskan rusa.

“Kami juga sedang mencari agen atau stokis seluruh memasarkan produk kami di seluruh Malaysia dan merancang membuka kafe sendiri,” katanya yang juga menjual daging rusa segar.
Khasiat daging rusa

1. Mencegah Anemia

2. Cegah Infeksi

3. Vitamin B6 dan B12

4. Menambah Massa Otot

Pembaca yang ingin merasi keenakan karipap rusa boleh menghubungi Fakhruddin di talian 0 11-2184 3978 atau facebook: Pembekal Karipap Daging Rusa – Frozen atau Instagram: ElDorado karipap daging rusa official

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.