Eddie graduan ijazah sarjana perniagaan tidak kekok di kandang

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun tidak minat dengan ternakan, penternak bangsa Cina akhirnya jatuh ‘cinta’ dengan ternakan dan meneruskan hobi dan legasi ayahnya.

“Semasa mula mengambil alih ladang ternakan Kee Ruminant Farm di Kapar, Klang, Selangor daripada ayah saya Kee Yong Tik atau lebih dikenali sebagai Albert di kalangan penternak, saya pelik melihat hampir 80 peratus kawasan ladang ditanam dengan rumput Napier.

“Apabila saya telah mengambil alih sejak dua tahun lalu, baru saya tahu bekalan makanan amat penting terutama bagi penternak baru,” kata Kee Jee Hong @ Eddie Kee yang juga membekalkan Napier bagi penternak sekitar Kelang biasanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan.

Graduan Ijazah Sarjana Perniagaan dari Australia lebih mesra disapa sebagai Eddie atau dikenali sebagai Birdie dalam laman media sosial facebook tidak pernah terlintas mewarisi perniagaan yang juga hobi ayahnya.

“Saya tidak pernah terfikir menjadi penternak tetapi mungkin kerana saya biasa mengikut ayah ke kandang dan sesi tembualnya dengan akhbar dan televisyen menyebabkan saya terbiasa dengan ternakan.

“Kini apabila ayah saya berusia lebih 60 tahun kami mahukan dia berehat di rumah jadi saya mengambil semuanya pada awal tahun 2016 lalu,” katanya.

Walaupun baru dua tahun mengambil alih ladang daripada ayahnya dengan lebih kurang 40 ekor biri-biri dan kambing kini Eddie mempunyai lebih kurang 400 ekor biri-biri dan hanya lebih kurang 40 ekor kambing dan beberapa ekor lembu.

“Dahulu ayah saya fokus kepada kambing tenusu kerana dia boleh dikatakan orang pertama yang memperkenalkan susu kambing di negara ini tetapi saya lebih suka biri-biri kerana tahan lasak, cepat membiak dan lebih ramai anak berbanding kambing,” katanya yang mensasarkan 1,000 ekor biri-biri sehingga hujung tahun ini.

Seekor induk biri-biri bunting selama lima bulan dan biasanya dalam tempoh setahun haiwan ini boleh melahirkan dua hingga tiga ekor anak sekali dan ada yang melahirkan paling banyak lima ekor.

“Saya menjalankan breeding atau pembiakan biri-biri bagi membekalkan biri-biri hidup kepada penternak fidlot dan biasanya saya menjual biri-biri pada usia tiga hingga lima bulan ketika berat mencapai 15kg,” katanya yang memberikan nasihat bagaimana menjaga biri-biri

Biasanya Eddie akan menghubungi semula pelanggan bertanyakan keadaan ternakan mereka dan pelanggan juga boleh bertanya apa juga soalan berkaitan ternakan yang telah dibeli.

“Disebabkan masih baru dalam industri ternakan saya banyak belajar dari otai-otai ternakan, rakan-rakan dan grup ternakan yang banyak membantu,” katanya yang pernah membidankan biri-birinya yang sukar beranak kerana anak bersaiz besar.

Biasanya hanya anak dan ibu biri-biri diberikan makan palet sementara yang lain diberikan rumput napier dan sisa brew yang kaya dengan protein.

Eddie berkata, walaupun ayahnya lama dalam dunia ternakan tetapi ayahnya lebih suka anaknya mencuba sendiri.

“Saya sentiasa cuba menyelesaikan masalah berkaita ternakan terutama penyakit dengan membaca, bertanya rakan penternak lain selain abang dan ayah saya yang banyak membantu.

“Saya mencari ubat sendiri dan I boleh merawat sendiri jika biri-biri yang menghidap penyakit ringan,” katanya yang boleh melakukan suntikan sendiri.

Walaupun masih baru dalam dunia ternakan, Eddie sempat berpesan agar penternak baru menggunakan apa sahaja sumber makanan di sekeliling bagi mengurangkan kos, mencari pekerja yang benar-benar berminat dan beli ternakan yang mudah dijaga.

“Penternak baru tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada dedak tetapi gunakan apa yang ada seperti menanam Napier, padang ragut atau integrasi dengan ladang sawit.

“Mencari pekerja tidak sukar tetapi mencari pekerja yang minat serta boleh membuat kerja di ladang ternakan amat sukar.

“Satu lagi ayah saya sering berpesan beli ternakan biasa dan jika dijaga dengan betul ternakan akan jadi sihat dan cantik,” katanya.

Pembaca yang berminat mendapatkan biri-biri atau lembu dari Eddie boleh ke laman facebook: Birdie atau hubungi : 012-275 9556

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.