Dulu bela kambing sorok-sorok kini Hafizajmal tauke kambing

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Pengorbanan untuk membeli dua ekor kambing semasa masih belajar dulu tidak sia-sia apabila kini Muhammad Hafizajmal Yusof, 27, telah menjadikan ternakan sebagai sumber pendapatan.

“Saya memang minat kambing sejak dahulu sampaikan masa masih belajar di semester 1 saya gunakan duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membeli dua ekor kambing dan menumpang di kandang seorang kawan.

“Ketika itu keluarga tidak tahu saya menternak kambing secara sorok-sorok dan hanya abang saya sahaja yang tahu mengenai perkara ini,” katanya.

Pemuda lulusan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM ) dalam Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam ini berusaha bersungguh-sungguh meyakinkan keluarga dengan keputusannya menjadi penternak.

“Ramai orang melihat bidang penternakan tidak boleh pergi jauh dan skopnya kelihatan kecil dan hanya pekerjaan orang kampung.

“Tapi saya tanamkan azam bahawa tidak semestinya ternak kambing kita hanya jual kambing tetapi lebih daripada itu dan saya maanfaatkan semua nya,” katanya yang bukan datang dari keluarga penternak.

Bermula dari situ Hafizajmal mula berfikir untuk menggunakan seluruh bahagian kambing daripada A hingga Z. Saya buat baja daripada najis kambing, jual susu kambing, menghasilkan minyak kibas dari ekor kambing dan menjual kambing golek serta pelbagai masakan berasaskan kambing,” kata anak kelahiran Melaka ini.

Selepas tamat pengajian Hafizajmal menumpang kandang kambing yang tidak diusahakan di kampungnya selama lebih setahun.

“Saya pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) tetapi lebih banyak belajar praktikal di dalam kandang. Hampir semua kandang sekitar Masjid Tanah saya telah pergi dan belajar mengenai penternakan.

“Saya banyak belajar daripada seorang pegawai veterinar yang saya panggil Pakcik Jaffar. Dia boleh dikatakan idola saya tetapi Pakcik Jaafar sudah pencen sekarang,” katanya.

Selain itu Hafizajmal berjinak-jinak dengan rakan-rakan yang dikenali semasa majlis ilmu di masjid dan masing-masing mempunyai minat menternak dan mempunyai tiga empat ekor kambing atau lembu.

“Mereka menternak sebagai hobi kerana masing-masing mempunyai kerjaya sendiri sehingga saya kenal seorang sahabat yang banyak membantu dan mengajak saya bersamanya.

“Sahabat saya lebih kepada ternakan lembu dan kerbau tetapi saya memberikan tumpuan kepada kambing. Saya banyak belajar ilmu ternakan dan bisnes daripadanya,” katanya yang kini banyak mendapat sokongan keluarga.

Setelah menumpang kandang kawan-kawan, akhirnya selepas lima tahun memohon tanah, Hafizajmal mempunyai Ajmal Teraju Ent yang lebih dikenali sebagai Ajmal Kambing Golek di tanah seluas dua ekar di Jalan Padang Ragut Kampung Air Hitam, Masjid Tanah, Melaka.

Di sana terdapat pelbagai baka kambing termasuk Anglo, Jamnapari, Boer, biri-biri Dorper, kibas, Santa inas, Blackball yang didapati daripada pembekal Thailand dan Australia.

Bermula dengan urusniaga jual beli (trading) kambing kini Hafizajmal meluaskan kepada pembiakan kambing selain trading.Sebagai penternak, Hafizajmal tidak terlepas dengan cabaran dipermainkan dengan orang tengah daripada segi harga dan kualiti ternakan.

“Walau apa berlaku saya tetap mempunyai impian untuk mempunyai sebuah ladang yang boleh menyediakan, memasak, menghidangkan dan menikmati apa itu kambing.

“Saya masih lagi belajar daripada otai-otai industri ini bagaimana mereka menghadapi dan menyelesaikan masalah berkaitan ternakan,” katanya.

Pembaca yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hafizajmal boleh ke

Facebook: Littelman hafizajmal,

Facebook page: Minikafe ajmal,

IG: Ajmalkambing golek atau

Hp : 0 17-662 6394

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.