Maiza aiskrim guna susu kambing penuh khasiat

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Susu kambing memang terkenal dengan khasiat tetapi ramai juga yang tidak boleh menerima susu kambing mungkin kerana baunya.

Justeru seorang penjawat awam cuba untuk memberikan kelainan supaya lebih ramai orang boleh mendapat khasiat daripada susu kambing.

Mohd Yusri Adnan, 44, mula mempelajari teknik penghasilan aiskrim daripada dua orang guru di Kuala Kubu Baru dan Puchong dan kini dia boleh menghasilkan aiskrim sendiri.

“Saya telah mula menjual aiskrim dengan pelbagai perisa sebelum menghasilkan aiskrim susu kambing.

“Salah seseorang anak saya sukakan susu kambing jadi saya cuba gantikan susu segar di dalam adunan aiskrim dengan susu kambing.

“Aiskrim susu kambing lebih lemak dan sudah tentu lebih berkhasiat berbanding aiskrim susu lembu,” katanya yang telah memulakan bisnes aiskrim susu kambing sejak tiga tahun lalu.

Bagi meningkatkan ilmu dalam penyediaan makanan, Yusri akan memohon beberapa lagi kursus anjuran agensi tempatan bagi meningkatkan lagi produknya.

“Saya akan terus menimba ilmu kerana guru lain caranya berlainan tetapi kita boleh gunakan untuk melengkapi satu sama lain,” katanya.

Sama seperti aiskrim lain, Yusri menyediakan beberapa perisa bagi pilihan pelanggan seperti keladi, coklat, jagung, durian, vanilla, strawberi yang dijual dalam kon dengan harga RM1 dan pelanggan menggemari perisa coklat, vanilla dan strawberi.

Maiza Aiskrim Katering mula dijual secara komersial di Karnival TM tiga tahun lepas di Kajang dan kini aiskrim ini boleh didapati setiap sabtu dan ahad di Dataran Gemilang Presint 3 Putrajaya.

“Sambutan yang diterima agak menggalakkan kerana satu hari saya boleh menghabiskan satu tong aiskrim lapan liter.

“Selain itu saya juga menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis seperti kenduri perkahwinan, hari jadi, program sekolah serta menyertai pelbagai ekspo,” katanya yang banyak dibantu dan disokong oleh isterinya Norlida Omar.

Walaupun masih baru dalam bisnes, Yusri mempunyai impian untuk mempunyai sebuah kilang aiskrim satu hari nanti.

“Buat masa sekarang saya masih menunggu mesin baru yang dipesan telah memakan masa berbulan, mesin soft aiskrim seperti di McDonald dan mesin adunan automatik.

“Masalahnya tidak ramai yang memesan mesin ini dan saya terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya,” katanya yang berharap dapat meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran aiskrim di masa hadapan.

Mereka yang ingin merasai keenakan serta khasiat aiskrim susu kambing boleh ke

facebook Maiza_aiskrim

IG: maiza_aiskrim

hubungi: 0 19-379 4174

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.