Premium Quality by Miqail.. sosej halal produk Muslim

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Kanak-kanak biasanya gemarkan makanan segera tetapi adakah makanan segera yang dibeli selamat dimakan?
Makanan segera banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama obesiti.

Pengarah Urusan Ai Smart Global Sdn Bhd, Azrul Izwan Mohd Said risau bila mendapati anak-anaknya gemar makan sosej.

“Berbekal latar belakang syarikat dalam menyediakan latihan dalam bidang kulinari dan pemprosesan makanan saya mula memikirkan untuk menghasilkan sosej sendiri.

“Saya membuat kajian sendiri mengenai bahan yang sesuai digunakan,” katanya yang pernah membuang berkilogram daging sebelum mendapat formulasi yang betul dan stabil.

Dalam mencari formulasi Azrul perlu memastikan bahan yang digunakan bermutu tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan seta lemak tambahan.

“Saya pernah bertanya chef tetapi mereka hanya menghasilkan sosej ‘home made’ dan tidak sesuai untuk skala komersial.

“Saya menjalankan kajian sendiri selama dua bulan bagi menghasilkan sosej bersaiz jumbo dengan rasa home made,” katanya yang menghasilkan produk sosej di premisnya di Taman Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Syarikat Azrul juga merupakan rakan strategik kepada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Saya menghasilkan pelbagai jenis sosej dengan pelbagai perisa iaitu Original Beef Sausage, Barbeque Beef Sausage, Blackpepper Beef Meatball dan Chili Parsley Beef Sausage yang berat 500g dengan harga RM16.

“Manakala Original Chicken Sausage, Barbeque Chicken Sausage, Mushroom Chicken Sausage
dan Chili Parsley Chicken Sausage dengan berat 500 gram berharga RM13.

“Sosej ini menggunakan tagline Premium Quality by Miqail,” katanya yang berpengalaman dalam bidang ternakan.

Graduan Fakuliti Pertanian UPM ini kali pertama mengeluarkan produk makanan sendiri dan memilih sosej kerana kurang persaingan berbanding kuih muih sejuk beku.

“Saya mula menghasilkan sosej tahun lepas dan boleh mengeluarkan lima tan sebulan,” katanya yang pernah bekerja di Felda dalam bidang ternakan dan kemudian fokus dalam bidang latihan.

Azrul memasarkan sosej menggunakan agen dan kini Felda berminat untuk memasarkannya melalui dua jabatannya iaitu Gedung Makanan Negara dan Jabatan Usahawan Felda.

“Kami bersedia untuk menambahkan kapasiti kalau ada permintaan.

“Buat masa ini Felda berminat membantu membawa masuk produk ini ke Pasaraya Besar Lulu,” katanya yang merancang untuk memasuki pasaran Timur Tengah.

Azrul juga merancang untuk menghasilkan sosej Asia Taste atau Malaysian taste dengan perisa rendang, asam pedas dan kari.

Manakala untuk pembangunan produk Azrul ingin menghasilkan produk sosej premium seperti sosej rusa, kambing dan wagyu.

Pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sosej halal keluaran Muslim boleh ke
Facebook: https://www.facebook.com/myproxventure
Instagram: https://www.instagram.com/myproxventure/
E-mail: myproxventure@yahoo.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.