Subhi Provet bekal input pertanian penternakan di Malaysia

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Membesar dalam keluarga berlatarbelakang penternak, pertanian dan perniagaan kecil-kecilan menjadikan Mohd Subhi Mohd Musuri tidak kekok dengan industri ternakan.

Mengambil alih perniagaan yang diasaskan oleh abangnya seorang doktor veterinar terkenal di negara ini Dr Hj Masjuki Musuri yang sekarang selaku penasihat syarikat.

“Provet Group of Companies SDN BHD mula diasaskan oleh abang saya, Dr Masjuki Musuri pada tahun 1989.

“Manakala pada tahun 1999, pengendalian dan urusan syarikat telah diberikan kepada saya sepenuhnya.

“Syarikat ini mengendalikan urusan berpaksikan pembekalan input pertanian dan ternakan seperti baja, ubat-ubatan dan vitamin untuk ternakan,” katanya yang membesar dalam suasana berlatar belakangkan pertanian dan penternakan serta perniagaan kecil kecilan.

Berkelulusan Ijazah dalam perniagaan dari universiti tempatan Subhi banyak terlibat dalam bisnes penternakan begitu juga ada adik-beradiknya yang menjalankan perniagaan yang berteraskan penternakan.

Subhi berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam mengusahakan perniagaan lembu dan kambing termasuk pengalaman bekerja dalam operaasi perniagaan termasuk import, eksport, pelepasan kastam,penghantaran dan pengangkutan di samping berpengalaman dalam hal ehwal perolehan awam dan swasta.

Provet Group Companies memliki sebuah lagi syarikat iaitu JUKIMAS ENTERPRISE. Syarikat ini membekalkan sumber keperluan pada petanian, penternakan, ubat ubatan dan barang keperluan yang berkaitan dengan tumbuhan dan haiwan.

Subhi adalah seorang pengusaha ternakan yang sangat berpotensi kearah mengusahakan penternakan secara komersil.

Selain dari aktiviti menternak, beliau juga mengusahakan aktiviti pemprosesan baja organik dari najis kambing dan lembu. Pengeluaran baja organik adalah secara beterusan sebanyak 50tan setiap bulan.

Selain itu, juga menjalankan penanaman rumput untuk pembuatan silaj dalam usaha mempelbagaikan makanan ternakan.

Sementara itu syarikat Provet juga menawarkan kursus seperti formulasi makanan kepada ternakan kepada para pengajar bidang pertanian dan pegawai pertanian daripada pelabagai jabatan pertanian dan veterinar.

Setiap bisnes ada turun naik, Subhi berkata, cabaran utama dalam bidang perniagaan ialah modal.

“Bisnes ternakan memerlukan modal yang lebih besar bagi menjamin pembelian dengan harga yang lebih rendah.

“Jika harga input turun dan harga output naik, ini akan menyebabkan penurunan purata jumlah kos untuk jangka masa panjang (economies of scale),” katanya.

Bagaimanapun bagi Subhi, persaingan tidak menjadi isu yang besar kerana pasaran di Malaysia agak besar. Masing masing ada kekuatan dan kelemahan yang membezakan perjalanan bisnes setiap syarikat.

“Mengenai rancangan masa depan, saya ingin mengembangkan lagi perniagaan terutama yang berasaakan penternakan.

“Ini kerana situasi di Malaysia yang dapat kita lihat pada masa kini ialah pembekalan haiwan-haiwan ternakan menjadi satu keperluan yang mengatasi pembekalan (demand over supply). Perkara ini menyebabkan kegiatan import ternakan ruminan meningkat kerana tidak cukup untuk keperluan tempatan.

Pembaca boleh mendapatkan maklumat mengenai Provet dengan melayari http://provetpertaniandanpenternakan.blogspot.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.