Rizuan dan Siti Hajar mula ternak kambing guna duit BR1M

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Sebelum ini keluarga Siti Hajar Mokeri Mohd dan suaminya Cik Mohd Rizuan Che Alin pernah menternak kambing tetapi terpaksa menjualnya kesemuanya kerana masalah kewangan.

Kemudian apabila mendapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lima tahun lalu, pasangan ini membeli kambing kampung dan menambah bilangan haiwan ternakannya apabila ada modal tambahan.

“Jika dahulu saya memilih kambing kampung tetapi sekarang saya memilih baka Anglo Nubian yang sesuai bukan hanya untuk susu tetapi juga daging.

“Selain itu saya juga menternak baka lain seperti Saanen untuk susu dan daging serta Jamnapari cross dan kampung cross untuk daging

“Selepas tiga tahun dalam industri ini saya telah mula mendalami ilmu rawatan, pembiakan, pemakanan dan produk hiliran dari kambing,” kata Rizuan yang banyak dibantu oleh isterinya yang banyak menguruskan ladang ternakan.

Pasangan ini yang banyak menggunakan barangan kitar semula untuk dijadikan peralatan di ladang bagi mengurangkan kos operasi.

Apabila bilangan ternakan semakin banyak, Rizuan menghadapi masalah kekurangan padang ragut yang sesuai untuk kambing dan biri-birinya.

Ladangnya CMR Amanda Enterprise yang terletak di atas tanah seluas satu ekar Kampung Paya Rawa, Besut, Terengganu tidak dapat menampung bekalan makanan untuk ternakannya.

“Sekarang saya sedang mencari kawasan sesuai untuk padang ragut ternakan di sekitar kawasan Kampung Paya Rawa.

“Jika dibenarkan saya akan menguruskan kawasan berkenaan sebaik mungkin untuk kemudahan ternakan saya,” katanya yang banyak bertanya dari penternak lain melalui grup penternak.

Sehingga kini Rizuan telah menghabiskan modal yang agak besar untuk mendapatkan baka yang terbaik dan Rizuan memilih baka Anglo Nubian untuk penghasilan susu kambing.

“Saya memilih Anglo Nubian kena tahan lasak terhadap panas dan hujan boleh sesuaikan dengan cuaca. Bagaimanapun saya masih belum menjual susu kambing secara komersial kerana dalam peringkat promosi.

“Sekarang saya mahu tahu maklum balas orang ramai mengenai susu kambing Anglo Nubian,” katanya yang berharap dapat menternak kambing susu sehingga 400 ekor.

Rizuan berkata seekor induk Anglo Nubian boleh menghasilkan lebih kurang setengah liter susu manakala peratusan kembar adalah tinggi selepas bunting yang mengambil masa lima bulan.

Saya mendapatkan sokongan daripada sahabat-sahabat, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan ambil catatan penting ,” katanya yang banyak belajar daripada otai-otai ternakan lain.

Buat masa sekarang CMR Amanda Enterprise mempunyai dua buah kandang menjadi sumber pendapatan utama keluarga.

Rizuan merancang menternak sehingga 400 ekor Anglo Nubian di masa hadapan untuk menjadi pembekal susu kambing utama di Terengganu.

Pembaca yang memerlukan maklumat mengenai CMR Amanda Enterprise boleh melayari facebook: Mohd Rizuan Rizuan atau hubungi: 0 18-248 8128

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.