Teknik fidlot 11 bulan Rasfanjani ternyata lebih menguntungkan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun bukan dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga penternak tetapi Mohd Rasfanjani Mashugi amat meminati bidang pertanian dan ternakan sejak kecil.

“Saya memang sukakan ternakan ayah saya dulu pernah mempunyai haiwan ternakan tetapi secara kecil-kecilan semasa kecil.

“Apabila semakin dewasa, saya mula mengumpul modal dan membeli lembu sendiri untuk diternak,” katanya.

Rasfanjani mula menternak lembu di kawasan seluas satu ekar di Sabak Bernam, Selangor secara fidlot untuk musim perayaan.

“Sebelum ini selama 10 tahun saya menternak lembu fidlot menggunakan kaedah yang biasa digunakan oleh penternak yang lain.

“Biasanya kami membeli lembu dan menternak selama lebih kurang tiga bulan dalam kandang untuk diberikan makan untuk digemukkan sebelum dijual,” katanya yang telah mempunyai 250 ekor lembu yang ditempah untuk hari raya tahun ini.

Sebagai penternak dan usahawan, Rasfanjani sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan keuntungan tetapi tetap mengekalkan kualiti sedia ada.

“Jadi saya mencuba sesuatu yang berlainan walaupun ada yang mengatakan lebih lama ternakan di kandang memerlukan modal lebih besar.

“Tetapi sejak tiga tahun lalu saya menggunakan kaedah ini, saya dapat meningkatkan keuntungan,” katanya yang tidak pernah menghadiri mana-mana kursus tetapi melawat ladang-ladang penternak lain untuk menggali ilmu.

Rasfanjani berkata , Ternakan Wawasan Sdn Bhd mula menggunakan kaedah fidlot setahun bermula dengan membeli anak lembu yang biasanya berharga kurang RM2,300 dengan berat anggaran 120 kg.

“Biasanya untuk pasaran menjelang Hari Raya saya akan membeli lembu sebaik sahaja selepas Hari Raya,” katanya yang mendapat bekalan lembu dari Pahang dan Perak.

Biasanya kos seekor lembu sebulan lebih kurang RM100 sebulan dengan makanan menggunakan daun sawit dan PKC sawit.

“Saya menggunakan bahan makanan yang banyak terdapat di sekeliling kandang seperti sawit,” katanya yang sentiasa bersedia menghadapi masalah penyakit lembu.

Dengan kaedah ini penternak boleh menjual lembu selepas 11 bulan dengan nilai RM4,500 hingga RM5,000 seekor.

“Menggunakan kaedah ini penternak boleh mendapatkan margin keuntungan sekitar RM1,000 hingga RM1,500 berbanding RM300 hingga RM500 menggunakan kaedah fidlot tiga bulan,” katanya yang mengeluarkan modal sendiri dan tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana agensi.

Rasfanjani sentiasa berharap penyertaan lebih ramai belia akan dapat merancakkan lagi industri ternakan dan pertanian negara.

“Saya sendiri mensasarkan untuk membekalkan 1,000 ekor lembu menjelang musim perayaan.

“Jika cukup modal saya mungkin boleh memperkasakan bidang lain dan saya impikan sekarang seperti ayam pedaging,” katanya yang juga membekalkan kelapa muda.

Pembaca yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai fidlot 11 bulan boleh menghubungi Rasfanjani melalui

Facebook: Note Afan

No tel: 019-252 3821

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.