Gagal di Syria, Hafiz buktikan bakat sebenar di Goat2Go Farm Maeps Serdang

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Pelanggan yang biasa ke Goat2Go Farm Maeps, Serdang, Selangor pasti kenal susuk seorang lelaki yang lincah di dapur dan sesekali memimpin bacaan doa selamat untuk majlis aqiqah di sana.

Biarpun tanpa latar belakang kulinari secara formal tetapi Muhammad Abdul Hafiz, 30, menjadi orang kuat di dapur Goat2Go Farm Maeps, Serdang, Selangor.

“Saya belajar di Syria dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab dari tahun 2008 hingga 2011 tetapi semasa tahun akhir tidak sempat menduduki peperiksaan akhir saya terpaksa balik ke tanah air,” katanya yang minat dengan ternakan kambing dan lembu.

Otak lembu masak lemak

Hafiz sebenarnya telah mula memasak sejak belajar di sekolah tahfiz di Kuantan, Pahang dan semasa di Syria dia selalu memasak untuk pelajar-pelajar Malaysia.

“Selepas balik ke Malaysia semasa saya mengajar di sekolah tahfiz di Kerteh, Terengganu saya juga memasak untuk pelajar di sana selain melakukan kerja menyembelih kambing.

“Apabila emak saya beritahu ada kawan memerlukan tukang masak di Goat2Go Farm Maeps, Serdang, Selangor saya cuba memohon dan Alhamdulillah saya diterima,” katanya yang suka memasak masakan berasaskan kambing.

Nasi dulang kari kambing segar

Selain memasak, Hafiz mempunyai kelebihan menyembelih kambing dan mempunyai latar belakang agama memandangkan ramai pelanggan memesan kambing untuk tujuan aqiqah.

“Saya memang teruja bekerja di sini kerana sebelum ini saya tidak pernah memasak daging kambing segar untuk tujuan aqiqah.

“Di sini pelanggan yang memesan pelbagai menu berasaskan kambing seperti sup kambing, kari kambing, kurma kambing, nasi minyak, nasi mandi kambing dan kambing goreng,” kata anak kelahiran Selangor yang menetap di Salak Tinggi.

Hafiz berkata, di sini boleh dikatakan semua resipi nusantara adalah gabungan Arab dengan Malaysia selain menu Barat.

Sebagai seorang yang tidak ada latar belakang kulinari, menguruskan dapur memang mencabar.

“Disebabkan saya mula dari kosong saya perlu belajar dengan cepat bagaimana menguruskan dapur apabila mendapat tempahan enam atau tujuh majlis dalam sehari,” katanya.

Antara pekara yang penting Hafiz belajar di sini adalah boleh kenal pasti berapa lama untuk masak daging kambing sehingga selesai.

“Pada hari-hari biasa, kami biasanya memasak seekor kambing manakala di hujung minggu dan cuti umum bilangannya bertambah sehingga tiga atau empat ekor tidak termasuk tempahan

“Di sini terdapat dua bahagian dapur iaitu nusantara dan Barat dan saya lebih kepada nusantara tetapi tetap membantu dapur Barat apabila diperlukan,” katanya yang telah dua tahun bekerja di Goat2Go Farm Maeps.

Hafiz ingin sekali ucapkan terima kasih pada pengurusan Goat2Go Farm Maeps kerana memberikan kepercayaan kepadanya walaupun bukan berkelulusan dalam bidang kulinari,

“Goat2Go Farm Maeps banyak membantu meningkatkan kepakaran sehingga saya yakin bidang masak adalah kerjaya saya.

Lokasi Goat2Go Farm Maeps ada kandang kambing, teknocafe,animal garden dan garden hall.

“Perancangan masa depan pula saya mahu pastikan Goat2Go Farm Maeps dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia dan pastinya impian saya untuk ada kandang dan kedai makan sendiri,” katanya.

Pembaca boleh merasai air tangan Hafiz boleh ke

Facebook: Goat2Go Farm – MAEPS

Tel: 010 -464 6295 atau 017-273 9051

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.