Walaupun calon PhD, Anas tetap ternak kambing

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Semuanya bermula hasil kempen kerajaan semasa zaman Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ke lima yang memberikan penekanan ke arah pertanian dan penternakan.

Sebagai menyahut cabaran berkenaan Anas Ahmad Jamhari yang baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kesihatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mula menternak kambing di tanah ayahnya seluas 1.3 ekar di Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor.

“Saya mula menternak kambing pada tahun 2009 dan sekarang saya fokus kepada kambing tenusu dan pembelian kambing aqiqah ditambah dengan khidmat katering, masakan berasaskan kambing dan kambing bakar.

“Sehingga sekarang saya mempunyai produk susu kambing yang siap berlabel,” katanya yang membuat segalanya sendiri termasuk mengeluarkan modal selain dibantu oleh ayahnya, Ahmad Jamhari Nasiran.

Anas berkata, pada peringkat permulaan dia menternak 36 ekor kambing baka kampung yang tidak berpotensi tetapi sekarang Jariah Agrofarm mempunyai 90 ekor kambing tenusu baka Saanen, Anglo Nubian dan kacukan Anglo Nubian.

“Bisnes saya fokus kepada pengeluaran susu kambing dan aqiqah di kawasan Shah Alam dan Klang di mana kadar kelahiran tinggi dengan kandang saya yang dekat dengan pusat bandar.

“Selain itu kemudahan jalan memudahkan pelanggan datang menggunakan waze atau google map,” katanya.

Walaupun sibuk sebagai penternak kambing, Anas melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Sains Bioperubatan UKM dan pada tahun 2016 dia menyambung pengajian ke Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama.

Anas dijangka menamatkan pengajian PhD September tahun ini.

“Saya masih menyambung pengajian sambil membuat bisnes ternakan PhD sambil2 buat bisnes ternakan,” katanya yang dilantik sebagai pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu pada tahun 2010.

Mendapat sokongan dan galakan daripada ayah dan ahli keluarga terutama mereka banyak membantu dalam melancarkan operasi bisnes.

Menternak secara fidlot, jelas Anas agak mencabar untuk mencari sumber makanan iaitu rumput kerana kawasan Shah Alam padat dengan rumah dan pembinaan.

“Kami ada menanam sedikit rumput tetapi sekarang jika kurang kami gantikan dengan silaj dan rumput liar.

“Sekarang saya sedang berusaha mencari tanah berhampiran untuk besarkan kawasan tanaman rumput,” katanya.

Anas berkata, buat masa ini dalam masa sebulan mereka biasa menyembelih 30 ekor, tetapi biasanya mereka menyediakan kira-kira 50 ekor kambing sembelihan untuk pilihan yang lebih banyak.

“Pengeluaran susu lebih kurang 15 liter sehari dengan jualan sebulan dalam 1,500 hingga 1,800 botol.

“Saya sedang berusaha memperkasakan pemasaran untuk mencapai 50 ekor sembelihan sebulan dan 20 liter susu sehari,” katanya.

Mendapat pasaran di sekitar Lembah Klang, tetapi lebih tertumpu kepada Klang dan Shah Alam.

“Kami ada mendapat tempahan aqiqah dari Kuala Lumpur, Bangi, Nilai malah Tanjung Malim.Tapi buat masa ini saya fokus di Klang dan Shah Alam,” katanya yang memasarkan produknya menggunakan media online seperti facebook, instagram dan laman web.

Tetapi jelas Anas, kaedah pemasaran paling berkesan adalah dari mulut ke mulut sebab dalam masa 10 tahun selepas mempunyai sedikit nama dan pelanggan lama masih datang dan mereka memberitahu kawan-kawan dan jiran.

“Alhamdulillah dengan menjaga kualiti servis, jaga kualiti makanan, jaga komunikasi dengan pelanggan, InshaAllah pelanggan lama beritahu rakan dan keluarga,” katanya.

Walaupun terdapat persaingan agak sengit dalam industri ternakan tetapi Anas yakin dengan rezeki Allah, _”man jadda wa jadda”, siapa berusaha dia berhasil.

“Tetapi cabaran buat bisnes sambil belajar ini memang hebat, masa kena bahagikan dengan sebaiknya supaya seimbang.

“Bisnes tidak boleh ditinggalkan, belajar pun ada tarikh deadline. Saya perlu habiskan PhD dalam masa tiga tahun kerana biasiswa hanya tempoh tiga tahun,” katanya.

Anas mempunyai komitmen membahagikan masa sebaiknya dengan anak-anak dan isteri yang juga sedang sambung Ijazah Doktor Falsafah (PhD ) tanpa biasiswa.

“Walaupun terdapat kekangan kewangan dan masa tetapi saya tetap berusaha sementara usia masih muda.

“Kami mempunyai dua orang pekerja untuk operasi ladang seorang separuh masa untuk tanam rumput,” katanya yang tidur jam 3 atau 4 pagi untuk memenuhi tempahan pelanggan.

Anas banyak dibantu oleh ayahnya yang bertugas sebagai penyelia ladang dan operasi dan ahli keluarga lain membantu operasi katering dan kambing bakar. .

Kebanyakan tempahan di hujung minggu dan masa lain Anas akan fokus dengan belajar, urusan makmal dan penulisan tesis.

“Impian saya adalah membuka cawangan di Terengganu dalam masa tiga tahun akan datang sebagai sumber bekalan ternakan aqiqah dan bekalan susu kambing.

“Saya sendiri akan uruskan di sana sebab saya sudah melapor diri di UniSZA selain meningkatkan jualan aqiqah dan pengeluaran susu kambing.

“Saya juga merancang membuka akademi pengajaran perternakan di kandang Terengganu serta farmstay di Sungai Kandis,” katanya.

Pembaca yang mahu mendapat maklumat mengenai Jariah AgroFarm boleh

Facebook: Jariah AgroFarm

IG: Jariah AgroFarm.

Laman web: www.jariahagrofarm.blogspot.com atau

Hubungi : 013-2003482 atau 016-3415345

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.