Bermula sekadar isi masa lapang dengan tiga ekor lembu, kini D Zahan Agrotech Farm satu pusat hentian ternakan.

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Berbekalkan minat yang mendalam terhadap ternakan, Mohamad
Azhan Mohamad Ramlan memulakan ternakannya dengan hanya tiga ekor lembu, dua ekor betina dan seekor jantan di kampung isterinya di Renggam, Kluang Johor.

Tanpa disedari lembu ternakannya mula membiak dan fokus Azhan mula berubah. Dia semakin tertarik dengan dunia penternakan dan memberikan perhatian yang serius terhadap bidang ini.

“Sejak itu saya mula jatuh hati dengan dunia penternakan dengan mula membina kandang dan pondok kecil bagi menempatkan ternakan lembu dan kelengkapan ternakan,” katanya.

“Saya mula menggunakan simpanan sendiri sebagai modal sehingga pada suatu masa saya terpaksa mencagarkan tanah dan membuat pinjaman bank bagi meneruskan industri ternakan,” katanya yang berulang-alik dari Shah Alam ke Renggam, Johor untuk menguruskan ternakannya.

Walaupun telah lama melibatkan diri dalam pengurusan acara di agensi kerajaan dan swasta,
Azhan sentiasa berusaha mendalami dunia ternakan dengan menghadiri pelbagai kursus yang
di anjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta.

“Saya sentiasa mencari peluang dan ilmu mengenai ternakan, apa sahaja kursus yang berkaitan
saya akan cuba untuk sertai kerana minat yang mendalam dalam dunia penternakan.

“Selepas kursus saya akan cuba menggunakan apa yang dipelajari sebelum ini untuk meningkatkan kualiti ternakan,” katanya yang mempunyai pelbagai baka lembu termasuk KK, Charolais, Angus, Brahman dan Belgian Blue.

Mengenai pasaran Azhan berkata, lembunya dipasarkan di sekitar Pekan Renggam, Pekan Simpang Renggam, Kluang dan sekitar Negeri Johor. Impian beliau juga, pada suatu hari nanti ingin memasarkan lembu beliau di seluruh negeri.

“Saya sentiasa memastikan ternakan saya mendapat penjagaan dan perlindungan yang rapi kerana saya percaya dengan menjaga kebajikan haiwan tersebut, kita akan mendapat hasil ternakan yang terbaik,” katanya.

Disebabkan itu, Azhan telah membeli serta menyewa tanah di sekitar tanahnya sehingga 11 ekar bagi memastikan semua keperluan ternakan dapat disediakan sehingga tertubuhnya D Zahan Agrotech Farm.

Sebahagian kawasan ditanam dengan rumput Napier sebagai makanan tambahan kepada ternakan selain dedak, soya dan molasses.

“Kini selepas lapan tahun, saya bercita-cita menjadikan ladang ini yang terbaik serta mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan bagi memberikan keselesaan bukan sahaja kepada pengunjung tetapi juga kepada ternakan,” katanya yang mendapat sokongan daripada keluarga terutama bapa mertua.

Azhan berharap rancangannya untuk menjadikan ladang ternakan yang lengkap dengan segala kemudahan termasuk dewan, tempat penginapan kursus malah inap desa bagi memudahkan pengunjung datang ke ladangnya akan tercapai pada tahun ini.

“Secara tidak langsung ianya dapat membuka peluang pekerjaan serta dapat meningkatkan ekonomi penduduk,” katanya yang juga mempunyai ladang kelapa sawit dan kolam ikan.

Pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ladang ternakan yang moden dan lengkap boleh ke facebook D Zahan Agrotech Farm.
Hubungi : 012-2025729 Azhan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.