Fadzil Family Farm keluarga profesional ternak kambing dari ladang ke hidangan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun ahli keluarga ini bekerjaya profesional tetapi disebabkan mereka semua suka makan kambing panggang, mereka mula menternak kambing dan memasak kambing sendiri.

Akhirnya hasil daripada hasil usaha keluarga ini maka terhasil ladang ternakan Fadzil Family Farm yang terletak di Kalumpang, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Menurut Muhammad Safwan Ahmad Fadzil, 29, ladang ini hasil usaha ayahnya Ahmad Fadzil Hasan, abang sulungnya Shahrul, adik lelakinya Shahmin bersama dengannya.

“Kami masing-masing masih bekerja, ayah saya seorang pengurus kanan, abang dan adik saya jurutera manakala saya sedang melanjutkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik Perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya yang bertindak sebagai jurucakap Fadzil Family Farm.

Jelas Safwan, mereka mula dengan menternak kambing kampung cross pada April 2016 dan baru-baru ini mereka mula membiak baka biri-biri.

“Dalam masa yang sama kami juga menjalankan jual beli atau trading biri-biri dorper dan merino dari Australia,” katanya yang menjalankan konsep dari ladang ke meja hidangan.

Safwan berkata, ladang mereka di Kalumpang seluas tiga ekar mempunyai dua buah kandang yang boleh memuatkan 200 ekor kambing.

“Buat masa sekarang ada 80 hingga100 ekor tapi kandang itu pernah diisi dengan paling banyak dalam 140 ekor pada satu masa dulu,” katanya yang mempunyai seorang pekerja di ladang selain pakciknya yang mempunyai ladang sawit di sana selalu turun memantau pekerja di kandang.

Safwan berkata, ladang berkenaan di atas tanah mereka sendiri yang asalnya kebun durian dan pulasan.

“Oleh kerana saya masih belajar dan mempunyai masa yang fleksibel, saya menguruskan kebanyakan urusan berkaitan ladang.

“Bagaimanapun apabila berkaitan tempahan katering atau kambing golek yang biasanya di hujung minggu atau di hari kerja ahli keluarga yang lain akan ambil cuti. Buat masa ini kebanyakannya di hujung minggu dan tidak menganggu kerja,” katanya yang tinggal di Puchong, Selangor.

Biasanya untuk tempahan katering, Safwan berkata, ibu dan adik perempuannya akan memasak tetapi untuk hidangan kurang 400 orang.

“Pada mulanya kami hanya sediakan kambing dan biri-biri siap lapah dan potong tetap pelanggan meminta kambing golek

“Kami meyediakan tempahan kambing golek sejak Januari tahun lalu, walaupun baru setahun kami mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Kemudian Fadzil Family Farm mengembangkan perniagaan katering dan kambing golek untuk majlis akikah.

“Semua resipi adalah hasil air tangan ibu saya yang memang pandai memasak yang juga seorang suri rumah.

“Bagi kambing golek kami perap dengan ramuan sendiri sebab sejak dahulu kami sekeluarga suka panggang kambing bersama-sama,” katanya yang seronok memanggang kambing sama-sama di depan rumah.

Safwan menambah, selain kambing golek pelanggan boleh menempah menu lain selain kambing golek seperti kari, kurma dan kuzi serta udang dan sotong.

“Cabaran utama sebab kami semua tiada pengalaman dan latar belakang dalam bidang penternakan.

“Jadi memang kami mula dengan ilmu yang kosong untuk masuk dalam industri ternakan sehingga kami tidak tahu bagaimana mereka bentuk kandang,” katanya yang memulakan segalanya perlahan-lahan dengan sebuah kandang.

Bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan ilmu penternakan, Fadzil Family Farm telah menghantar salah seorang berkursus.

“Disebabkan kami bekerja sepenuh masa di tempat lain jadi kekangan masa sentiasa jadi isu.

“Tetapi kami tetap cuba melayan pelanggan walaupun untuk tempahan pada hari bekerja,” katanya yang sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos operasi.

Bagi mengurangkan kos, mereka menanam rumput napier di kawasan tanah yang dipajak tetapi kadang-kala perlu ditambah dengan silaj jagung dan dedak disebabkan bilangan kambing yang semakin bertambah.

“Jika dahulu kami tidak tahu saluran untuk dapatkan panduan dan bantuan tetapi kini kami telah mendapat geran bantuan untuk projek pembiakan kambing boer di bawah seliaan JPV, “ katanya yang berusaha meningkatkan kuantiti jualan sekarang 20 hingga 30 ekor sebulan.

Safwan menambah, Fadzil Family Farm merancang untuk mula menternak lembu tahun hadapan selepas menghadiri kursus ternakan lembu.

“Kami sepakat untuk menjaga bisnes keluarga yang membuatkan kami sekeluarga lebih rapat dan meluangkan masa bersama-sama,” katanya.

Pembaca yang ingin mendapat maklumat mengenai ladang Fadzil Family Farm boleh ke

Facebook : Fadzil Family Farm

Tel: 012 6327003 (Ahmad Fadzil), 010 2317971 (Muhammad Shahrul Hafizan), 016 4118104 (Muhammad Safwan), 017 2582984 (Muhammad Shahmin)

Emel: fadzilfamilyfarm@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.