Seroja Isabella ‘DIY AI-man’ gadis pertama di Kelantan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Nama Siti Aisyah Abdul Mutalib, 33, mungkin tidak siapa mengnalinya tetapi jika sebut Seroja Isabella tentu ramai penternak mengenalinya kerana kepakarannya melakukan prosedur permanian beradas (AI) untuk lembu.

Bagaimanapun jelas Seroja perjalanan untuk mendapat kepercayaan penternak lembu untuk ‘menyerahkan’ lembu mereka ke tangannya untuk prosedur AI bukan satu jalan mudah dan singkat, banyak yang perlu dilalui.

“Selepas menamatkan kursus inkubasi ternakan ruminan di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya mengikut anak angkat emak saya bertukar ke kampungnya di Kelantan.

“Kebetulan semasa kursus saya perlu pelihara seekor anak lembu dan kerana tidak mahu sembelih, saya bawanya ke Kelantan tiga tahun lalu,” kata wanita kelahiran Parit Buntar, Perak.

Di Kelantan, Seroja menempatkan anak lembunya di ladang sawit anak angkat emaknya di Tanah Merah.

“Di sini saya memulakan perkhidmatan mudah alih bagi AI lembu dan merawat haiwan ternakan,” katanya yang pernah bekerja selama setahun di ladang Haji Nordin Mat di Pondok Tanjung semasa mula-mula terjun ke dunia ternakan ruminan.

Sejak setahun lalu hanya Seroja, wanita tunggal yang membuat perkhidmatan AI mudah alih di Kelantan selepas menjalani kursus AI dengan GTR di Johor di bawah seliaan Mat Pani.

“Selepas tamat kursus, saya melakukan diagnosis bunting percuma atau free pregnancy diagnosis untuk lembu bagi mengesahkan kebuntingan bagi 70 ekor lembu sebelum mendapatkan lesen dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV),” katanya yang juga berkursus dengan JPV selama dua bulan.

Selepas mendapat lesen Seroja boleh membuat prosedur AI dan digelar ‘DIY AI man’ untuk dibenarkan mengendalikan tangki simpanan semen (sperma lembu jantan terpilih).

Prosedur AI hanya boleh dilakukan apabila lembu betina yang tiba masa mempunyai tanda-tanda mahu mengawan.

“Bagaimanapun saya perlu memastikan lembu yang akan menjalani prosedur AI tidak bunting.

“Selepas pasti tidak bunting barulah prosedur boleh dilakukan yang hanya memakan masa beberapa minit,” katanya yang melakukan prosedur AI dari awal sampai akhir.

Walaupun sekejap tetapi mencabar kerana tidak nampak apa-apa tetapi hanya menggunakan tangan.

“Anak lembu hasil prosedur AI saya dijangka akan lahir bulan Mac kan datang,” katanya yang berterima kasih dengan Roslan Razak yang banyak membantunya menjadi ‘AI-man’ yang diiktiraf oleh JPV.

Seroja menggunakan semen beku yang diimport oleh majikannya, syarikat Bumi Agritech.

“Satu tangki kecil biasanya boleh memuatkan 300 straw yang berisi semen beku yang diimport,” katanya yang mempunyai sijil fisioterapi dari kolej swasta.

Selepas tiga bulan lembu betina akan diperiksa sama ada bunting atau tidak dan jika tidak prosedur AI perlu dilakukan sekali lagi.

“Biasanya peratus kejayaan lebih banyak bergantung kepada rezeki kerana terdapat lembu yang rasa selesa dengan orang yang telah biasa dengannya.

“Bagi saya jika selepas tiga kali percubaan saya masih gagal, saya akan gunakan khidmat orang lain untuk prosedur AI,” katanya yang sukakan haiwan sejak kecil.

Selain menjalankan perkhidmatan AI mudah alih, Seroja merancang menjalankan projek menghasilkan santan kelapa apabila kebun kelapanya di Parit Buntar mengeluarkan hasil.

“Saya juga merancang untuk melakukan prosedur AI di kampung saya untuk dikacukkan dengan lembu KK supaya dapat mengeluarkan baka lebih berkualiti,” katanya.

Pembaca yang mahu mendapat maklumat mengenai AI boleh ke

Facebook: Seroja Isabella

IG: Seroja Isabella

Tel: 0 11-3918 0508

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.