Kisah bagaimana Thiru King dapat menjual 500 tan silaj napier sebulan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Biarpun usianya baru 22 tahun, Thirumanthiram A/L Muthu telah menguruskan perniagaan ayahnya, Muthu Kalimuthu, 56 tahun.

Thirumanthiram atau lebih dikenali dengan Thiru King di Facebook berkata, ayahnya adalah pengasas syarikat ABi Ventures yang menjual bahan bantuan pertanian dan pertanian.

“Ayah saya bermula sebagai penternak kambing tenusu pada tahun 90an malah saya saya sendiri lahir dekat kandang kambing.

“Kemudian ayah saya mengembangkan perniagaan dengan mengimport lembu tenusu dan mesin berkaitan pertanian dan penternakan,” katanya.

Kira-kira 15 tahun lalu, Muthu mula menanam rumput napier untuk kegunaan sendiri sebelum menjualnya apabila mendapat permintaan daripada penternak.

Sejak dua tahun lalu Muthu menubuhkan TMR Silage dengan rakan kongsi sebelum Thiru mengambil alih enam bulan lalu selepas tamat pengajian.

Buat masa ini TMR Silage beroperasi di tanah seluas 120 ekar dan boleh mengeluarkan 500 tan silaj napier sebulan.

Anak muda lepasan Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak jurusan pengajian perniagaan menjalani latihan industri di MTG Major Trans Global di bawah Haji Nordin Mat.

“Di sana saya mula membuat pemasaran silaj melalui media sosial facebook dan grup whatsap.

“Pada hari pertama menjalani latihan industri saya diberikan tugasan mengumpul 300 nombor telefon penternak tetapi saya berjaya mengumpul 800 nombor,” katanya yang menjadikan ayahnya dan Haji Nordin sebagai mentornya.

Ayahnya pakar mengenai rumput napier manakala Haji Nordin mengajarnya mengenai pemasaran.

Selepas tamat pengajian dan menjalani latihan industri Thiru dilantik sebagai Pengarah TMR Silage.

“Jika dahulu untuk jual satu beg silaj amat susah tetapi kini kami boleh menjual sehingga 300 tan sebulan.

“Kini pasaran silaj hingga ke seluruh Malaysia dan kami merancang memasarkannya ke luar negara dalam masa terdekat,” katanya yang mempunyai 10 orang pekerja termasuk pengurus ladang.

Minat, kerja keras, berdedikasi, tidak putus asa dan kerja tidak kira masa adalah pegangan Thiru yang menjadi pesanan mentornya.

Thiru merancang untuk menambah kawasan 400 ekar untuk tanaman rumput napier bagi mengeluarkan 2,000 tan silaj sebulan dalam masa satu hingga dua tahun akan datang.

“Kami juga akan lebih produktif dalam pengeluaran untuk mengurangkan kos dengan menggunakan mesin canggih untuk pembungkusan dan pengendalian rumput napier.

“Dengan ini kami boleh mengurangkan kos pekerja dan membekalkan silaj kepada penternak dengan harga lebih murah,” katanya yang telah mempunyai mesin dan traktor untuk tujuan berkenaan.

Pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai TMR Silage boleh ke

Facebook: TMR Silage atau Thiru King

Tel: 0 12-651 9914

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.