Gagal Di Kluang kini Nahrul diberi nafas baru dalam bidang ternakan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun pernah gagal dalam dunia penternakan, Mohd Nahrulhisham Mahamud tidak pernah serik malah terus berjuang membuktikan ternakan menguntungkan.

Sebaik sahaja selepas tamat berkursus dengan dua agensi pada tahun 2007 Nahrulhisham terus membuka ladang ternakan.

“Selepas tamat kursus saya tidak menunggu lama dan mula menternak kambing susu dari baka jamnapari, sanen, torgenburg dan aglo nubien.

“Malangnya segalanya tidak bertahan lama, tahun 2012 saya terpaksa menjual segalanya,” kata penolong pengurus kumpulan kejuruteraan sebuah syarikat swasta.

Ketika itu Nahrulhisham berkongsi dengan adik beradik dan rakan lain untuk menternak kambing tenusu.

“Walaupun kos yang tinggi, kami masih boleh menjual susu tetapi masalah tiimbul untuk kami menjual kambing hidup.

“Kambing kami tidak mendapat sambutan kerana pada masa itu harga kambing murah tetapi harga kambing susu mahal,” katanya yang terpaksa menjual kambing dan kandang untuk menampung kos kerugian.

Tetapi minat mendalam dalam ternakan menyebabkan Nahrulhisham meneruskan perjuangan walaupun adik beradik yang juga rakan kongsinya tidak berminat.

“Disebabkan masih ada pelanggan ditambah dengan rasa sayang terhadap ternakan saya teruskan juga.

“Selain itu pengalaman di Projek Pertanian Moden (PPM) Kluang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya yang kemudian menjalankan urusan jual beli kambing dari ladang kawan-kawan.

Walaupun ketika tidak ada kandang, Nahrulhisham masih menjual kambing untuk aqiqah dan kambing golek serta pakej katering kecil-kecilan kerana masih ada hubungan baik dengan rakan penternak lain.

“Bagaimanapun pada tahun 2016, hidup saya kembali bersinar selepas berjumpa dengan Haji Nordin Mat semasa Pameran Antarabangsa Hotikultur Dan Agro Pelancongan (MAHA).

“Dia mempelawa saya jadi rakan niaga(RN) dan kami mula buat pemasaran Goat2Go bersama RN lain dari Feb 2017,” katanya.

Sebagai RN Got2Go, Nahrulhisam perlu mempunyai sasaran jualan dan paling memeranjatkan, dia dapat menjual 40 ekor kambing dalam masa tiga bulan sahaja.

“Selain menjual kambing, saya juga menjual kambing Perap dan susu kambing Goat2Go.

“Saya membuat pemasaran menggunakan media sosial Facebook, grup wasup dan rakan-rakan mula dari pejabat sehingga ke kawasan sekitar Bangi, Nilai dan Seremban,” katanya yang melihat perkembangan Goat2Go sebelum menjadi RN.

Nahrul berkata, pada mulanya dia hanya dapat menjual daging kambing mentah pek 1 kg.

“Alhamdulillah walaupun ada kalanya sehari hanya dapat jual sekilo daging kambing mentah tetapi ada masa jualan meningkat sehingga 30 kilo sehari bergantung kepada keadaan.

“Begitu juga dengan Kambing Perap dan susu, adakalanya seminggu boleh jual 40 hingga 50kg susu dalam seminggu dan 50 botol susu pada pelanggan tetap” katanya permintaan akan tinggi bila hujung bulan, semasa musim cuti sekolah dan perayaan.

Nahrulhisham berkata hanya dengan modal pendaftaran RM1 sebagai ahli Generasi Tranformasi Ruminan (GTR) dan bernaung bawah Goat2Go.

“Cabarannya buat masa sekarang adalah persaingan daripada mereka yang buat perkhidmatan yang sama jual aqiqah dan golek yang semakin ramai.

“Insha Allah rezeki datang dari Allah dan kita percaya pada rezeki yang ditentukan Allah,” katanya yang akan terus berbakti kepada penternak dalam kelab GTR kerana dia adalah bendahari pusat GTR.

Nahrulhisham merancang untuk kembali semula menternak dan membangunkan sebuah konsep serupa dgn Goat2Go di Seremban dalam lima tahun lagi.

“Untuk memulakan semula saya harus ambil dan cari pengalaman. Di samping itu adalah sasaran untuk saya sediakan modal dan prasarana yang cukup.

“Saya memilih Seremban kerana saya berasal dari Rantau dan balik berbakti di kampung halaman selepas lama merantau dan cari rezeki di luar,” katanya.

Nahrulhisham berkata, dulu dia sendiri tidak pandai sehingga masuk saham lembu sehinggalah keluarga bagi galakan untuk ternak sendiri.

“Apabila saya mula balik dengan Goat2Go dengan modal RM1, keluarga tidak percaya tetapi apabila mereka nampak hasilnya mereka memberikan galakan.

“Di Goat2Go saya boleh jual kambing, susu kambing, kambing Perap, pakej aqiqah, buffet ramadhan serta pelbagai pakej lain,” kata Nahrulhisham.

Di Goat2Go juga dia menimba banyak pengalaman dan ilmu dengan membuat pelbagai tugas seperti membantu tukang sembelih, tukang masak dan tukang golek kambing.

“Jadi pada bakal penternak, saya berharap mereka belajar dan cari ilmu sebanyak mungkin.

“Sebaiknya mulakan penternakan secara kecil-kecilan dan belajar dari asas hingga kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh veterinar,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nahrulhisham boleh hubunginya di 0 19-668 4922

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.