Hishamudin ikon penternak muda GTR yang cekal

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Setelah tamat pengajian Mohamad Hishamudin Komoh, 27, tidak menunggu lama untuk mula menternak biri-biri.

“Dulu semasa kecil saya sering mengikut datuk ke kandang kambing dan boleh dikatakan ternakan sudah menjadi sebahagian dengan saya.

“Selama tujuh tahun saya berhenti menternak kerana melanjutkan pelajaran,” kata anak kelahiran Kota Tinggi Johor.

Graduan Diploma Perikanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak dan Bacelor Pertanian (Akuakultur) (UPM) Kampus Serdang memilih dunia penternakan dan pertanian sebaik sahaja tamat pengajian dua tahun lalu.

“Saya memilih biri-biri kerana bukan sahaja senang untuk dijaga tetapi juga mudah dibiakkan serta tahan lasak.

“Biri-biri juga mendapat permintaan yang menggalakkan di pasaran,” katanya yang menguruskan ternakan biri-biri dan ladang sawit di kampungnya di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor.

Menggunakan modal sendiri Hishamudin memanfaatkan tanah keluarga seluas 16 ekar untuk menubuhkan S.I. Empire Enterprise yang membekalkan biri-biri hidup serta siap masak di sekitar Johor.

“Saya kumpul modal sedikit demi sedikit semasa belajar supaya terus dapat terjun dalam dunia ternakan biri-biri selepas habis belajar,” katanya yang banyak mendapat sokongan ahli keluarga.

Hishamudin berkata, kandangnya tidaklah besar dan hanya boleh memuatkan sebanyak 70 ekor biri-biri dalam satu-satu masa.

“Kelebihan semasa belajar teori penternakan di UPM serta kursus penyembelihan dan pemprosesan makanan saya gunakan sepenuhnya dalam perniagaan ini,” katanya yang menternak biri-biri secara integrasi.

Dunia penternakan adalah pilihan yang terbaik bagi Hishamudin apabila dia dianugerahkan Penternak Muda Inspirasi GTR (bawah 30 tahun).

Dalam sebulan Hishamudin menjual purata tujuh ekor biri-biri biasanya untuk tujuan korban dan akikah serta jamuan dan kenduri.

 

“Kami memasarkan biri-biri secara dalam talian terutama media sosial facebook dan Instagram serta grup whatsap,” katanya yang menternak untuk tujuan jual beli dan baka.

Hishamudin berkata, pemasaran produk dan harga makanan ternakan yang tinggi merupakan cabaran besar bagi penternak baharu sepertinya.

“Kami penternak kecil terpaksa bersaing dengan penternak yang telah lama menapak di dalam bidang ini. Tetapi bagi saya ini adalah satu pesaingan sihat untuk kami terus berusaha.

“Bagi mengurangkan kos makanan ternakan, kami menggunakan pelepah sawit sebagai makanan utama supaya kami dapat memberikan pelanggan harga yang boleh pelanggan beli,” katanya yang sentiasa berusaha mencari pengganti makanan biri-birinya dengan apa yang ada di sekeliling.

Di masa hadapan, Hishamudin merancang untuk membekalkan membekal bebiri dengan harga yang mampu milik dan boleh dibeli oleh semua orang.

“Saya mahu semua orang boleh membeli dan makan daging kambing kerana harganya yang mampu dibeli oleh semua orang,” katanya.

Pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hishamudin di

Facebook: S.I. EMPIRE

Instagram: s.i_empire

No telefon: 0128747623

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.