Dr. Azid buktikan integrasi lembu di ladang sawit bawa keuntungan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Sebelum ini ramai mendakwa sistem ternakan integrasi lembu di ladang sawit dikatakan tidak sesuai kerana dikatakan akan merosakkan pokok sawit.

Namun baru-baru ini pengurusan ladang Sg Kawa yang telah mengamalkan Integrasi lembu-sawit sejak 2007/8, menerima Anugerah Industri Sawit Malaysia 2017/18 kategori Ladang Sabah keluasan lebih 2,000 hektar.

 

Pengurus Besar Sawit Kinabalu Farm Product, Dr Douglas Kabul @ Mohd Azid Kabul, integrasi lembu-sawit adalah salah satu kaedah menternak lembu di mana lembu dipelihara dalam ladang sawit secara sistematik.

“Kami menjalankan ternakan lembu secara integrasi di ladang-ladang sawit Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) di seluruh Sabah yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Sawit Kinabalu Sdn Bhd (KSKSB).

“KSKSB adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Sabah,”katanya.

Setakat Januari 2019 jumlah lembu adalah 14,300 ekor dan luas kawasan ragutan ialah 32,000 hektar dan nisbah kawasan adalah 2.2 hektar bagi seekor lembu.

Dr. Azid berkata, kaedah integrasi lembu-sawit banyak kelebihannya iaitu

  1. Optimumkan penggunaan sumber-sumber tersedia iaitu tanah, tumbuhan rumpai bawah sawit, tenaga kerja dan kepakaran, kewangan untuk pengeluaran dua komoditi sekaligus secara ‘menang-menang’.
  2. Mengurangkan kos kawalan rumpai secara mesra alam
  3. Bantu meningkatkan jumlah lembu yang sekaligus boleh membantu menambah pengeluaran daging tempatan. Ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk kurangkan import daging untuk keperluan tempatan.

Dengan menggunakan sistem ini dapat pekebun sawit mendapat penjimatan racun rumpai sehingga 30 peratus tetapi belum ada kajian tentang pengurangan baja.

Bagi penternak yang mungkin pemilik ladang sawit, mereka boleh mendapatkan pengurangan dalam kos ternakan iaitu kos makanan ternakan, tenaga kerja, ubat terutamanya kawalan cacing serta sewa kawasan ternakan.

“Tidak seperti dakwaan ramai orang, saya dapati, ternakan tidak merosakkan pokok sawit jika diurus dengan sistematik ikut SOP yg telah ditetapkan.

“SOP kami menetapkan ternakan hanya boleh diintegrasikan dalam ladang sawit berumur tujuh tahun keatas dan ladang tersebut punya rekod pengurusan yg baik,” katanya.

Dr. Azid berkata disebabkan sejak dahulu ramai merasakan sistem integrasi lembu dan ladang sawit merosakkan pokok sawit, dia perlu kerja keras bagi meyakinkan pihak pengurusan ladang sawit untuk menerima konsep ini dan mengamalkannya.

“Apa yang penting mereka perlu mematuhi SOP yg d tetapkan, menyediakan penyeliaan yang berkesan dan berterusan selain mendapatkan sokongan kerajaan untuk berikan insentif yang sesuai kepada ladang-ladang sawit yang mengamalkan sistem ini untuk menarik lebih banyak penglibatan mereka,” katanya.

Dr. Azid berkata di masa hadapan dia ingin

  1. meluaskan amalan sistem ini di kalangan pemilik atau syarikat besar peladangan sawit
  2. Kajian lanjut kesan sistem ini kepada penggunaan baja kimia ke atas pokok sawit, kesan kepada alam sekitar khususnya penghasilan ‘Gas Rumah Hijau’ atau Green House Gas (GHG) emissions bersama agensi dan institusi pengajian tinggi berkaitan

iii. Promosikan penggunaan pelepah sawit sebagai alternatif serat (fibre) makanan ruminan.

“Saya ingin tegaskan di sini sistem integrasi lembu dalam ladang sawit secara sistematik tidak akan menjejaskan pengeluaran sawit malah membantu mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti per unit kawasan tanah,” katanya.

Pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai integrasi ternakan lembu dan ladang sawit boleh layari

Facebook: Mohd Azid Kabul

No Tel:019 8334751

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.