Nabil Fikri tetap cekal walaupun pernah 13 ekor kambing mati seminggu

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun usia Muhammad Nabil Fikri Ismail baru menjangkau 22 tahun tetapi anak muda ini tidak pernah kenal erti putus asa dalam dunia ternakan.

Berminat dengan ternakan sejak kecil, Nabil tidak melepaskan mengikut ayahnya pergi rumah kenduri semata-mata untuk membantu menyembelih dan melapah kambing serta lembu.

Sebaik sahaja lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan bantuan keluarga, Nabil membeli dua ekor kambing baka Boer dan meletakkannya di kandang ayam yang diubahsuai.

“Selepas lima bulan saya buat kandang kambing jenis atas dan mula menambah jumlah ternakan kepada lapan ekor.

“Kemudian saya dapat tawaran ke Kolej Pertanian Bukit Tangga, Kedah tetapi saya tidak dapat sambung pengajian kerana masalah kesihatan,” kata Nabil yang berasal dari Sungai Baharu, Tanjung Piandang, Perak.

Dalam tempoh setahun sebelum menyambung menternak kambing dan biri-biri, Nabil mula menimba pelbagai pengalaman untuk melengkapkan diri dengan ilmu ternakan.

“Dalam masa yang sama saya belajar meniaga sendiri dan banyak melawat kandang-kandang untuk belajar dengan penternak-penternak berhampiran dengan kawasan saya.

“Masuk tahun kedua, saya kerja sambilan di tempat pemprosesan ternakan lembu dan kambing selain membantu mereka menjual lembu,” katanya yang tidak jemu menimba ilmu ternakan.

Ketika itu Nabil tidak membuang masa dan mengambil peluang belajar ilmu jual beli ternakan serta berkenalan dengan tauke dan otai dalam dunia ternakan.

“Saya juga menghadiri pelbagai kursus seperti Kursus Penyembelihan Halal anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Kursus e-usahawan anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kursus Pengurusan Ternakan Kambing Tahap 2 anjuran JPV.

“Kursus Ternakan Lembu Pedaging Tahap 2 anjuran JPV, Kursus Rancangan Perniagaan anjuran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kursus Pengendalian Makanan anjuran syarikat swasta dan Kursus Art of Butchery anjuran JPV dan Butchery Trading & Consultancy,” katanya yang banyak mendapat galakan daripada keluarganya.

Tahun lepas selepas ada sedikit pengalaman Nabil mula membina sendiri kandang untuk kambing, biri-biri dan lembu.

“Keluarga banyak bagi galakan walaupun saya bukan datang dari keluarga penternak,” katanya yang membuat kandang di belakang rumah di tanah seluas suku ekar.

Nabil berkata, ayahnya sama-sama membuat kandang selain memberikan modal memulakan bisnes ternakan untuk membeli dua ekor kambing baka Boer dan kini memelihara biri-biri dan mula berjinak-jinak menternak lembu.

“Sebelum ini saya menternak kambing selama dua tahun tapi tidak berapa menjadi mungkin sebab faktor kawasan yang dekat dengan laut menyebabkan angin kuat.

“Kawasan sawah padi banyak air bertakung dari bekas mesin menuai padi menjadikan banyak nyamuk dan faktor lain juga mungkin disebabkan kandang saya sama yang agak rendah sebab dibuat daripada kayu terbuang,” katanya yang tertarik dengan biri-biri semasa menjalankan perniagaan jual beli biri-biri dan nampak kelebihan dan ketahanan biri-biri.

Nabil juga pernah menghadapi masa paling mencabar semasa musim tengkujuh atau musim menuai padi bila kambingnya mati secara mendadak.

“Dalam tempoh seminggu sebanyak 13 ekor kambing mati , ada yang kembung ada yang tidak tahu punca tiba-tiba esoknya sudah terbaring tidak bernyawa.

“Keadaan ketika itu amat mencabar sebab saya budak kampung yang baru berniaga dengan modal tidak seberapa,” katanya yang hampir patah semangat ketika itu.

Bagaimanapun dengan galakan keluarga dan kawan-kawan penternak lain menjadikan Nabil terus bersemangat untuk terus berjuang.

Kini Nabil berbangga dengan syarikatnya Nabil Fik Bersatu Enterprise mempunyai tiga hingga lapan orang pekerja sambilan berjaya menjual kambing sebanyak 20 hingga 55 ekor sebulan.

Menggunakan pelbagai media dan grup whatsap untuk memasarkan produknya, Nabil banyak mendapat pasaran dari sebelah utara iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

“Sekarang jadi saya jual kambing dan biri-biri hidup, kambing golek serta katering dan kambing salai tidak lama lagi selain membuat biak baka biri-biri,” katanya.

Di masa hadapan, Nabil merancang untuk mengubahsuai kandang untuk menternak lembu selain kambing dan mempunyai tempat sembelihan yang lebih selesa bagi memajukan perniagaannya.

Pembaca boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Nabil melalui

Facebook: Nabil Fik Bersatu

Facebook Page: Kambing Akikah Sg Baharu

Instagram: Kambing Akikah Sg Baharu

Tel: 017-4092469 dan 0 18-281 7566

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.