Fais kumpul duit gaji untuk ternak lembu

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Bermula dengan minat dan hobi kini Mohd Fais Mohd Ramli menjadikan ternakan sebagai salah satu pendapatan yang lumayan.

“Tujuh tahun lalu saya mula menternak lembu kerana minat. Ketika itu lembu-lembu ini adalah tempat saya hilangkan stres bekerja dan melarikan diri daripada kesibukan bekerja.

“Tetapi lama kelamaan minat dan hobi terhadap ternakan kelihatan seperti peluang mencari sumber rezeki,” katanya yang masih bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Johor,

Fais yang menternak lembu secara integrasi mempunyai kandang fidlot dan padang ragut di Pontian, Johor.

“Saya bermula dengan menternak 18 ekor lembu tujuh tahun lalu dan sekarang ternakan saya sudah berjumlah 95 ekor.

“Saya beli ternakan menggunakan menggunakan hasil gaji bulanan dan kemudian kumpul sedikit demi sedikit untuk menambah bilangan ternakan,” katanya yang datang daripada keluarga bukan penternak.

Fais menternak lembu di tanah seluas 18 ekar termasuk tanah rizab yang telah lama terbiar dan kini menjadi rebutan setiap penternak.

“Disebabkan bilangan ternakan semakin bertambah, saya mula menanam rumput nepier sendiri kerana makanan sedia ada sudah tidak mencukupi.

“Saya menternak lembu secara integrasi memandangkan permintaan terhadap lembu semakin meningkat,” katanya.

Fais telah memulakan ternakan untuk pembiakan kerana mahu keluarkan produk sendiri selain membeli lembu import dan lembu ladang lain untuk memenuhi permintaan untuk Hari Raya Aidil Adha.

“Buat masa ini saya fokus kepada jualan lembu jantan untuk Hari Raya Aidil Adha dan jualan daging semasa Hari Raya Aidil Fitri.

“Jualan menjelang Hari Raya Aidil Adha lebih menguntungkan dan ini adalah bonus bagi penternak seperti kami,” katanya yang memasarkan ternakannya melalui laman media sosial selain kenalan sama ada di masjid, kenalan di syarikat GLC dan badan bukan kerajaan (NGO).

Permintaan terhadap ternakan lembu Fais semakin meningkat setiap tahun, jika pada tahun 2013 hanya tujuh ekor sementara tahun lepas 45 ekor. Pada tahun ini Fais mensasarkan 50 hingga 80 ekor lembu.

Bercerita mengenai cabaran dalam dunia ternakan, Fais berkata, kos makanan yang semakin meningkat adalah salah satu faktor selain persaingan sihat antara penternak semakin banyak serta harga lembu korban dan daging segar semakin meningkat.

“Saya merancang dalam masa terdekat untuk membina kandang baru bagi menampung lembu korban tahun ini dan tahun akan datang juga lembu intregrasi sendiri.

“Menanam rumput Napier lebih banyak untuk menampung dan mengurangkan kos makanan sendiri di tanah milik arwah bapa dan tanah terbiar atau tidak dikerjakan,” katanya.

Fais juga merancang mengeluarkan baja organik daripada najis tahi lembu untuk pasaran sebagai pendapatan sampingan ternakan lembu.

“Saya juga perlukan sokongan yang lebih daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau pihak berkaitan dalam pasaran, kursus berkaitan, bantuan kewangan serta saluran saluran untuk mendapat stok lembu jantan.

“Saya juga perlukan saluran untuk mengembangkan industri pengeluaran daging segar dan jualan lembu jantan terutama semasa Hari Raya Aidil Adha kepada penternak kecil seperti kami untuk berdaya harap dlm membantu dan berjaya dalam industri ternakan,” katanya yang pernah menghadiri beberapa kursus tetapi beberapa kali terlepas sebab dapat maklumat lambat.

Setakat ni JPV ada memberikan bantuan mesin chopper, lembu pawah dan barang barang seperti pagar kawat , tiang batu semasa awal menternak.

“Selain lembu saya baru mahu mencuba ternakan kambing, setakat ini permintaan setiap bulan ada, cuma bekalan ambil dari kandang kawan-kawan sebab mahu mencari pasaran dan nama sebelum buat dan usaha sendiri ternakan kambing,” katanya.

Pembaca boleh mendapatkan maklumat mengenai Fais melalui laman

Fb: Akikah Korban Sinar Amr

Fb far east

No tel 011 11457574 / 0137445846

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.