Mail hidupkan konsep ladang fidlot premium ke Sungei Lembing Steak House

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun tanpa pendidikan formal dalam bidang ternakan tetapi Mohd Fadzil Ahmad atau lebih mesra dipanggil Mail membuktikan dia boleh berjaya.

Hanya berpendidikan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM), Mail telah mula berjinak-jinak dengan ternakan sejak di bangku sekolah lagi.

“Semasa saya masih lagi bersekolah saya telah mula berjinak-jinak dengan ternakan terutama kambing dan lembu.

“Saya telah mula menjaga lembu-lembu orang dan belajar cara-cara pemasaran ternakan selepas SPM.

“Kebetulan ketika itu tidak ramai yang minat bidang ini jadi saya ambil peluang yang ada,” kata anak kelahiran Felda Bukit Goh, Pahang.

Kini selepas lebih 20 tahun, Mail bukan sahaja mempunyai ladang fidlot seluas 75 ekar di Sungai Lembing dan pusat jualan di Kampung Padang seluas 10 ekar tetapi juga restoran Sungei Lembing Steak House yang menghidangkan daging premium untuk pelanggan.

Hampir semua daging yang digunakan sama ada premium atau biasa datang sama ada dari ladang fidlot atau diimport dari luar negara.

“Di Sungei Lembing Steak House yang baru dibuka tahun lepas pelanggan boleh memilih daging premium tempatan atau import.

“Kami juga menghidangkan kambing tempatan untuk lamb chop.

“Jadi di sana kami memberikan pelanggan pelbagai pilihan yang mereka inginkan,” katanya.

Mail mula terfikir untuk membuka steak house bagi mencari kelainan dan tambah baik pendapatan serta kualiti daging selepas belajar cara mengurus daging dan lembu untuk dijadikan premium steak.

Setelah dua tahun – bermula tahun 2015 hingga 2017 Mail mendalami teknik berkenaan dan pada tahun 2018 barulah dia membuat keputusan membuka steak house di Kuantan, Pahang.

“Pada mulanya susah juga untuk menjual produk premium di Kuantan tetapi sekarang sambutan semakin baik.

“Dalam masa yang sama saya masih perlu memperbaiki kualiti produk dan perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan,” katanya yang menghasilkan burger menggunakan daging tempatan..

Berkonsep farm to plate atau ladang ke pinggan, semua daging lembu premium tempatan datang dari ladang fidlotnya.

“Bagi mendapatkan daging lembu premium, saya menghasilkan sendiri formula makanan ternakan di ladang fidlot.

“Saya menghasilkan formula makanan ternakan sejak lima tahun lalu untuk kesesuaian ternakan,” katanya yang menghidangkan lembu tempatan, daging lembu Australia seperti Black Angus dan daging wagyu dari Jepun di Sungei Lembing Steak House.

Menurut Mail, lembu yang diternak sebagai lembu premium akan diberikan beberapa jenis bijirin tertentu dan cara pemakan ternakan akan diatur.

Konsep ladang fidlot ternakan lembu dihasilkan sendiri daripada pembelajaran dan lawatan di beberapa negara seperti Thailand, Perancis dan Jepun.

“Saya menceburi dunia ternakan sejak tahun 1997 dan mula buat fidlot pada tahun 2001 secara kecil kecilan dan secara komersial pada tahun 2007.

“Untuk bertahan selama lebih 20 tahun ini bukan perkara mudah, kita perlukan kreativiti untuk sentiasa mencari kelainan dalam industri ini bagi terus ke hadapan,” katanya yang juga membuat jualan karkas lembu dan lembu untuk akikah korban secara runcit dan borong.

Apa yang penting jelas Mail, sebagai penternak perlu ada minat dalam bidang yang diceburi dan disiplin dalam menjalankan kerja serta penggunaan duit syarikat secara berhemah.

“Saya pernah menghasilkan patti burger dan sosej tetapi terdapat halangan dan berhenti seketika dan akan memasarkan semua produk ini bulan Mei nanti,” katanya yang banyak mendapat galakan daripada ahli keluarga, isteri dan anak-anak.

Bagi jualan daging biasa dan ternakan hidup, Mail menggunakan syarikat Fazwa Farm, Sungei Lembing Beef untuk pasaran daging premium, Fazwa Beef untuk product hiliran daging dan Sungei Lembing Steak House untuk steak house.

“Pengalaman paling manis dalam dunia ternakan apabila mendapat anugerah Pengusaha Fidlot Terbaik oleh Group Transformasi Ruminan (GTR) pada tahun 2018,” katanya yang mengusahakan industri ternakan dan makanan sepenuh masa.

Pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Mail melalui

Facebook: Fazwa Farm atau Sungei Lembing STEAK HOUSE atau

Emel: Mail@ fazwa. Com

Tel: 0 17-860 1117 atau 013-981 7990

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.