Walaupun OKU Nizammudin pasarkan lebih 1,000 ekor kambing sebulan

KHAIRUNNISA SULAIMAN

Walaupun fizikalnya tidak sempurna atau lebih tepat Orang Kurang Upaya (OKU), Nizammudin Mydin Pitchay tidak pernah kenal erti putus asa dan tidak pernah mengalah.

Sejak 10 tahun lalu Nizammudin terlibat dalam perniagaan keluarga sesuai dengan minatnya terhadap ternakan lembu dan kambing terutama lembu Brahman dan kambing Damara.

“Disebabkan sejak awal saya telah bergelumang dengan perniagaan keluarga, saya telah tahu semua selok-belok,” katanya yang sama-sama terlibat menguruskan perniagaan keluarga iaitu Ternakan N&A Wawasan Sdn Bhd yang terletak di Taman Mutiara, Sungai Kob, Karangan, Kedah.

Menurut Nizammudin, syarikat Ternakan N&A Wawasan Sdn Bhd ditubuhkan atas dasar untuk mengembangkan dan meningkatkan bilangan ternakan kambing.

Oleh kerana permintaan untuk daging terlalu tinggi oleh pendapatan, jadi keluarganya telah mengambil insiatif untuk memulakan perniagaan berasaskan ternakan.

“Pada permulaan, keluarga kami hanya memulakan perniagaan kecil seperti menjual daging untuk dipasarkan, tetapi kami menghadapi masalah mendapatkan bekalan ternakan.

“Keluarga kami kemudian membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan berasaskan ternakan sehingga tertubuhnya Ternakan N&A Wawasan Sdn Bhd pada 8 Mac 2003,” katanya.

TNAWSB diketuai oleh dua orang pengarah iaitu Nazir Ali Mydin Pitchay yang bertugas menjaga hal ehwal pentadbiran dan syarikat-syarikat kewangan.

Sementara, Nurul Azman Mydin Pitchay menjaga keluar masuk jumlah ternakan di ladang.

Syarikat ini mempunyai lima orang kakitangan yang berkhidmat di pejabat manakala enam orang pekerja berkhidmat di ladang.

TNAWSB memulakan operasi di Lot 178 Kg Batu Lapan, Sungai Kob, Karangan, Kedah di tanah seluas 1,432 hektar.

“Ladang kami boleh memuatkan kira-kira 2,000 ekor biri-biri dan kambing serta 800 ekor lembu pada satu-satu masa.

“Kami mempunyai pelbagai jenis kambing seperti Jamnapari, Boer, Dopper, Damara, Santa Ines, Barbados serta biri-biri kampung dan lembu seperti Brahman, LID serta KK (Kedah Kelantan),” katanya.

Nizammudin berkata, misi syarikatnya adalah meningkatkan jumlah kambing pedaging memandangkan pasaran lembu dan kambing di seluruh negara mendapat permintaan yang tinggi.

“Buat masa ini pasaran bagi lembu adalah 25 ekor manakala kambing pula 500 ekor sebulan,” katanya banyak mendapat nasihat dan bantuan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Kedah.

Nizammudin berkata, beliau mendapat sokongan dan galakan daripada keluarga seperti abang Nazir Ali dan Nurul Azman yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan cara berjaya dalam bidang perniagaan.

“Selain itu saya juga menguruskan perniagaan sejuk beku sebagai salah satu cara mempelbagaikan perniagaan keluarga,” katanya yang tidak merasakan kekurangan fizikalnya sebagai halangan untuk berjaya.

Pembaca yang inginkan maklumat mengenai Nizammudin boleh ke

Facebook: Ternakan N&A Wawasan Sdn Bhd

Tel: 013-4283090 atau 04-4057185 (pejabat)

Laman web: http://www.tnawsb.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.